Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020. Hanya dalam beberapa hari dan kita akan berada di pertengahan tahun 2020. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tahun ini merupakan tahun yang sukar dengan COVID-19. Sementara Thailand kini pulih dan segera dibuka pada bulan Juli, ejen pelancongan sekarang mendesak pemerintah untuk mengizinkan pelancong dari negara bebas koronavirus untuk masuk tanpa karantina.

Sektor pelancongan di Thailand turut terjejas teruk selama wabak Coronavirus Covid-19. Ramai sedia maklum, negara Thailand sangat bergantung kepada sektor pelancongan sebagai salah satu penyumbang kepada sektor ekonomi negara Gajah Putih ini.

Dengan khabar baik ini, ada rancangan pembukaan negara ini pada pelancong asing bermula bulan Julai 2020. Sehubungan itu, ejen pelancongan meminta pihak pemerintah untuk memberikan ujian COVID-19 yang cepat semasa ketibaan pelancong. Selain itu, cadangan utama adalah untuk mengecualikan ‘syarat kuarantin wajib untuk negara terpilih’. Ini termasuk kepada pelancong China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Vietnam, Laos dan beberapa negara lain.

Baca : Kemasukkan Ke Negara Thailand Di Tapis Saringan Covid-19

 



 

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020 04 copy
 

Pelancong ke Thailand Covid 19

Sumber : Bangkok Foodie Facebook

Setelah berbulan-bulan hampir tidak ada aktiviti pelancongan, ejen pelancongan berharap ia akan dapat membawa lebih banyak pelancong antarabangsa dan mengembalikan kerancakan sektor pelancongan di Thailand. Walaupun ada permintaan untuk mengetepikan syarat kuarantin wajib selama 14 hari, pelancong diwajibkan menyiapkan sijil kesihatan dan ujian COVID-19 semasa ketibaan.
 

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020 01

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020 03
Makanan Sedap Halal Muslim Thailand

Pelancong Mungkin Boleh Travel Ke Thailand Julai 2020 05

Bagaimanapun ini semua masih dalam peringkat cadangan dan perbincangan antara pihak sektor pelancongan dan kerajaan negara Thailand. Belum ada keputusan Muktamad!

Namun, pastinya kaki jalan dan mereka yang suka ke Thailand, pasti akan menunggu ketibaan berita gembira dan kemungkinan pembukaan sempadan Thailand kepada pelanconga asing, khususnya kita di Malaysia.

Setakat ini, langkah awal kerajaan Thailand adalah dengan menggalakkan rakyatnya supaya melancong dalam negeri dengan memberikan diskaun potongan harga bilik hotel sehingga 50%. Ia satu usaha yang bagus, namun tidak dapat memenuhi jumlah yang telah hilang sejak Februari 2020 sehingga sekarang, memasuki bulan Jun 2020. Masih jauh untuk memenuhi jangkaan penjualannya.

Kita di Malaysia, masih lagi belum membuka sempadan untuk membenarkan rakyat kita keluar negara atas alasan melancong. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih tidak membenarkan rakyat Malaysia rentas sempadan, apatah lagi merentas Negara.

Apapun, jika sekiranya Thailand membuka sempadan mereka untuk menyambut ketibaan pelancong asing dengan syarat-syarat yang tertentu, ia mungkin akan membuka peluang untuk negara lain berbuat demikian dalam masa terdekat.

Teringin nak travel ke Thailand? Jenguk dulu apa yang menarik di negara Thailand.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.