Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mungkin Ini Cash Out Terakhir Bersama Nuffnang

Penutup tirai 2013, MrJocko sempat cash out hasil ‘Total Earning’ yang sudah dikreditkan dalam Akaun Glitterati pada 31 December 2013. Tak da la banyak sangat, tetapi Alhamdulillah, rezeki bersama Nuffnang masih ada. Namun, sampai bila agaknya nak bertahan dengan Nuffnang ni???
Masuk tahun ni, 2014, memasukki tahun ke-8 MrJocko bersama Nuffnang dan tidak pernah mencuba bersama syarikat lain seperti Adverlets, Komli atau Innity. Mungkin kerana sudah terlalu lama bersama Nuffnang, malas  nak tukar. Tetapi sejak dua menjak ni hati berkata, apa kata mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh berikan lebih dari yang terdahulu…
Banyak juga aktiviti yang MrJocko sertai dengan Nuffnang, memang banyak, tetapi lama kelamaan rasa macam Nuffnang tak macam Nuffnang yang MrJocko kenal awal-awal dulu. Entah kenapa, mungkin kalau orang yang dah lama dengan Nuffnang, mereka akan rasa ada banyak beza Nuffnang sekarang. 
Agak-agak selepas ini, title Glitterati tu mungkin dah tak ada. Memang nak cuba dengan syarikat lain pula. Mana tahu boleh kekalkan income 4 angka sebagai token setipa bulan hasil dari berblogging? Anda boleh cadangkan mana satu yang boleh MrJocko cuba???
p/s : ramai dah Nuffies yang dah resign, tak kenal pulak Nuffies baru kat sana…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.