Aksesori Motosikal Murah Di Tokyo Ricoland Tokyo Bay Jepun
|Mencari helmet jenama Arai, Shoei dan juga aksesori motorsikal dari Jepun dengan harga yang murah? Sudah pasti ada banyak kedai di Tokyo. Tetapi, kalau di Jepun, tempat paling popular ialah di Ricoland Tokyo Bay. Di sini, Tempat Helmet Dan Aksesori Motosikal Murah Di Tokyo Ricoland Tokyo Bay Jepun.
Lokasinya tidak la jauh dari Tokyo dan berdekatan dengan Odaiba dan juga kawasan Diver City Plaza Tokyo. Jadi, tak rugi kalau singgah ke sini kerana ia sangat berdekatan dengan banyak tempat menarik di Tokyo.
Baca : Kedai Helmet Arai Original Di UENO Tokyo
Aksesori Motosikal Murah Di Tokyo Ricoland Tokyo Bay
Kedai yang menjual helmet dan aksesori motorsikal jenama terkenal Jepun ini terletak di Tokyo Bay dan bersebelahan sahaja dengan Autobacs Tokyo. Sebelah kedai kereta dan aksesori kereta premium, ada kedai aksesori motorsikal premium di Tokyo.
Amaran untuk semua peminat motorsikal, jika nak ke sini, sediakan wang yang cukup untuk helmet dan aksesori motorsikal yang lain. Ini kerana, semua orang akan terpukau bila melihat ribuan koleksi helmet pelbagai jenama terbaik Jepun, seperti Arai, Shoei dan beberapa jenama antarabangsa lain seperti AGV, HJC, Nolan dan banyak lagi.
Kalau melihat kepada jenama aksesori permotoran, ada banyak pilihan yang membuatkan kita rambang mata. Ada Dainese, Alpinestar, Fox Racing, Simpson dan banyak lagi.
Mesti ada yang nak tanya, berapa harga helmet Arai atau Shoei di Ricoland Tokyo Bay Jepun? Kalau ikutkan harga, model kebanyakkan, ia murah hampir sekitar RM500. Kalau model limited dan rare, sudah pasti menjadi tumpuan ramai peminat motorsikal. Kadang-kadang, untuk model limited dan rare, boleh jimat sehingga ribuan ringgit.
Kadang-kadang, kalau dah minat, mahal pun tak apa, janji ia barang rare dan di beli di Jepun, terbukti keaslian dan kualitinya.
Untuk kali ni, MrJocko tak beli helmet di Ricoland Tokyo Bay, sekadar temankan rakan-rakan dari Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) membeli helmet Arai dan Shoei idaman mereka dengan harga yang cukup murah.
Baca Cerita MrJocko beli Helmet AGV Andrea Iannone Ai29
Informasi lanjut tentang apa lagi yang menarik dijual di Ricoland Tokyo Bay Jepun, boleh terus layari laman web rasmi mereka di pautan Ricoland Tokyo http://www.ricoland.co.jp/shopinfo/shinonome/index.html
Walaupun ia dalam bahasa Jepun, boleh difahami kalau dilihat dan diamati dengan Google Translate. Maaf sebab tak jumpa link dalam Bahasa English.