Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Murahnya Harga Buku Di Kedai Buku 1Malaysia Pudu Sentral

Baru tahu Murahnya Harga Buku Di Kedai Buku 1Malaysia Pudu Sentral. Hari ini bawak anak-anak jalan-jalan pusing Kuala Lumpur. Kalau biasa, bawa naik kereta, tetapi kali ini, kami cuba kenderaan awam, LRT Star Rapid KL.

Bermula dari stesen Bandaraya kami naik dan pusing sehingga Bukit Jalil. Dari stesen Bukit Jalil, kami singgah di stesen Plaza Rakyat untuk ke destinasi Pudu Sentral. Sudah lama tak jejak kaki di Stesen Pudu, kali ini setelah beberapa tahun, kami singgah anak-beranak.

Banyak perubahan yang berlaku di Pudu Sentral terutama kawasan menunggu, tangga ke Platform, kaunter tiket bas, food court yang kini berada di tingkat 4 dan juga banyak kedai dan kaunter-kaunter kerajaan termasuk Imigresen dan juga Kementerian Belias Dan Sukan. Ada bank, TNB dan banyak lagi khidmat servis yang diletakkan di Pudu Sentral.

Harga Buku Di Kedai Buku 1Malaysia Pudu Sentral

Murahnya Harga Buku Di Kedai Buku 1Malaysia Pudu Sentral
 

Salah satu yang MrJocko suka, kat sini ada Kedai Buku 1Malaysia yang mana menempatkan kedai buku dan menjual pelbagai jenis genre buku dengan harga yang murah.

Secara purata, harga buku, novel, cerita dan bahan bacaan lain, (tidak termasuk surat khabar dan majalah bulanan) kat sini lebih kurang 20% murah dari harga biasa. Banyak pilihan dan tempat yang selesa. Datang lah ke Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral dan dapatkan sendiri pilihan bahan bacaan yang murah untuk anda sekeluarga.

MrJocko dah beli buku di sini sebagai tanda sokongan, anda bila lagi nak beli buku buku yang murah di Kedai Buku 1Malaysia?

Harga Buku Di Kedai Buku 1Malaysia 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.