Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma RM3 Sekilo Kuala Semerak
|Ya, saya sendiri teruja betapa Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma RM3 Sekilo, lokasi di jalan menghala Kuala Semerak. Sebab itu, setiap kali balik ke kampung di Pasir Puteh, saya akan cuba singgah di kawasan tepi sungai untuk beli etok dan lokan besar. Paling popular di Kuala Semerak, ada ramai peniaga orang kampung sekitar menjual lokan besar (Etok Besar). Menarik sebab ramai yang tak akan percaya harga yang mereka jual.
Masa saya di zaman kanak-kanak, kami selalu turun ke sungai cari Etok. Biasanya kalau banyak, kami akan gulai atau rebus. kalau sedikit, kami akan jemur salai. Tapi kini, susah nak jumpa etok. Kalau ada pun nak kena turun di sungai-sungai tertentu sahaja dan bukan senang nak cari.
Baca : Balik Kampung Musim Cuti Sekolah
Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma RM3 Sekilo Kuala Semerak
Memandangkan harga lokan (etok besar panggilan orang Kelantan) cuma RM3 sekilo, kami beli 10kg untuk kami masak di rumah bersama-sama keluarga. Saiz loka sebesar penumbuk dewasa ini sangat berbaloi untuk kami cuba. Harga untuk 10kg hanya RM30 sahaja, macam macam resipi boleh kami masak dengan lokan yang saiz sebesar ini.
Untuk korang yang cari resipi sedap masak lokan, boleh baca idea di website ini Rahsia Masak Lokan Yang Sedap.
Khasiat Lokan
1) Mempercepat penyembuhan luka
Terkadang tubuh mendapatkan luka secara tak sengaja seperti luka gores ataupun luka kesan. Anda tak perlu risau jik hal ini terjadi pada tubuh anda. Kerana protein dalam kandungan daging lokan membantu proses penjanaan semula dengan cepat.
2) Menjaga kesihatan kulit
Khasiat daging lokan air tawar lainnya untuk menjaga kesihatan kulit. Hal ini kerana, kandungan asam lemak Omega-3 dan vitamin E pada lokan yang sangat baik untuk menjaga keanjalan kulit, menyamarkan kecacatan dan juga menyihatkan kulit.
3) Meningkatkan kesihatan jantung
Jantung merupakan salah satu organ tubuh harus dijaga kesihatannya. Salah satu cara untuk menjaga kesihatan jantung dengan makan daging lokan. Hal ini kerana, dalam kerrang air tawar terkandung Omega 3 sangat baik untuk mengurangi kadar kolestrol dalam darah. Jika dalam darah menurun, prestasi jantung juga akan lebih ringan sehingga kesihatannya lebih terjaga.
4) Sumber protein
Seperti biasa khasiat daging lainnya, lokan air tawar juga berguna sebagai sumber protein. Jika protein dipenuhi, makan metabolisme akan berjalan dengan baik. Hanya itu, pengambilan protein bererti memastikan bekalan asid ke otak fikiran akan jadi lebih fokus.
Bukan saja lokan, tetapi di gerai tepi jalan sekitar Kuala Semerak, Pasir Puteh, kelantan ini juga ada jual beberapa makanan laut lain juga seperti kerang, kepah, belitung dan ketam nipah.
Harga kerang RM15/kg, harga kepah RM8/kg, belitung RM8/kg dan ketam nipah yang masih hidup RM65/kg.
Kalau nak dikirakan, harga kerang agak mahal berbanding dengan kerang yang dijual di pasaraya di Kuala Lumpur. Harga kepah dan belitung pula macam sama saja dengan harga di Kuala Lumpur dan harga Ketam Nipah, murah RM10 sekilo berbanding harga di Kuala Lumpur.
Jadi, sekiranya anda singgah di kawasan ini, gerai tepi jalan Kuala Semerak, berdekatan dengan resort terkenal Tok Aman Bali Semerak, boleh la ambil peluang beli lokan besar untuk dicuba. Kalau tak tau masak, boleh sahaja beli dan bawa ke restoran berdekatan untuk di masak. Pasti puas hati.