Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Mural Street Art Lebuh Armenian George Town

MrJocko pernah berkongsi tentang Lukisan Mural atau Street Art di Lebuh Armenian, Georgetown di SINI dan rasanya dah ramai yang tahu tentang lokasi lukisan mural ini. Nak cari mudah sahaja, anda ke laman Google Maps dan cari lokasi Lebuh Armenian, Georgetown. Ia merupakan lokasi yang terkenal di Georgetown di mana terdapat Pasar Karat dan juga lorong-lorong bangunan lama Pulau Pinang yang dijada rapi oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang. 

Kenapa Lebuh Armenian?

Khabarnya di awalnya, terdapat beberapa lukisan seperti Boy On Chair, Motocycle dan yang paling terkenal ialah Kids on Bicycle lukisan mural di Armenian Street. Oleh kerana dari sehari ke sehari, ia menjadi tarikan pelancong, pihak yang berwajib mewujudkan beberapa lagi lukisan arca seni pertukangan besi untuk diletakkan di bangunan lama sepanjang Lebuh Armenian dan lorong-lorong sekitarnya sebagai tarikan pelancong.

Gambar Mural di Lebuh Armenian

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown

Ternyata, konsep lukisan mural ini berjaya dan rata-rata pelancong samada dalam atau luar negara sememangnya meminati konsep seni seperti ini. Ia sekarang sudah menjadi tarikan utama pelancong kalau ke Pulau Pinang.

 

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown

 

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown

 

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown

 

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown

 

Gambar Menarik Street Art Lebuh Armenian Georgetown
Kids on Bicycle Lebuh Armenian Penang

Hampir 100 hasil seni dan yang berkaitan denan lukisan jalanan atau street art berada di dalam kawasan Georgetown terutamanya sekitar Lebuh Armenian. Bagi anda yang meminati karya seni, anda mesti singgah dan menyusuri sepanjang lorong-lorong di Lebuh Armenian, Lebuh Ah Quee, Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling dan kawasan sekitarnya.

Anda boleh luangkan masa di sana seawal pagi hingga lewat tengah malam kerana dikawasan ini dilimpahi lampu-lampu yang disediakan oleh pihak berwajib untuk kemudahan pelancong. Jangan risau, anda boleh dapatkan PETA untuk lokasi Street Art melalui hotel penginapan anda atau wakil kaunter Kementerian Pelancongan yang berdekatan.

Anda mesti singgah di Street Art Lebuh Armenian ini untuk karya seni jalanan berbentuk 3D yang unik dan terbaik di Malaysia.

 

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.