Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Museum of Housing And Living Di Osaka Suasana Zaman Edo

Bagaikan berada dalam studio rakaman filem atau drama yang besar, suasana Jepun sangat terasa di sini. MrJocko sangat teruja bila pertama kali sampai di Museum of Housing And Living Di Osaka. Muzium ini merakamkan suasana Osaka seperti ketika Zaman Edo, ratusan tahun sebelum ini.

Di dalam ruang yang luas ini, dibina beberapa struktur bangunan lama, termasuk kediaman, kedai, beberapa struktur jalan yang menggambarkan keadaan di zaman Jepun yang dulu terkenal dengan permulaan modelnya.

Baca : Destinasi Menarik di Osaka Jepun

Museum of Housing And Living Di Osaka

Museum of Housing And Living Di Osaka
 

Museum of Housing And Living Di Osaka adalah satu ‘situasi’ luar biasa yang dibina di dalam bangunan yang terletak di bahagian timur laut sekitar ‘Kita’. Muzium ini mempunyai bangunan dicipta semula dan jalan-jalan yang menunjukkan apa yang hidup adalah seperti di Osaka pada masa lalu. Model seluruh bandar Osaka ini menggambarkan situasi ketika zaman Edo.

Pengunjung boleh belajar  tentang bagaimana pembangunan yang berlaku di Osaka. Kat sini ada dibina bangunan mini berbentuk contoh bandar Osaka ratusan tahun terdahulu sebelum ia berkembang menjadi bandar yang pesat seperti sekarang. Yang unik di dalam muzium ini, mereka mencipta keadaaan siang dan malam dalam tempoh satu jam dan ia satu pengalaman yang baru untuk MrJocko.

Kalau nak tahu bagaimana cara travel murah ke Jepun, boleh baca entry ini :-

http://www.mrjocko.com/2016/02/bagaimana-nak-travel-murah-ke-jepun.html

 

osaka-museum-of-housing-and-living-05

Osaka Museum House of Housing and Living

 

Anda berpeluang untuk memilih memakai kostum pakaian Kimono, pakaian tradisi Jepun ini dan berjalan-jalan di dalam bandar jadian ini. Anda boleh merasai kehidupan Osaka pada zaman dahulu, zaman yang penuh dengan tradisi Jepun sebenar. Menarik, sangat menarik pengalaman ini. Bukan selalu dapat rasa pengalaman memakai pakaian tradisi Jepun dan berada di sekeliling bandar Osaka yang lama.

Pakej ini anda mesti cuba. Boleh dapatkan pakej ini dengan promosi kombo Osaka Amazing Pass.

 

 

osaka-museum-of-housing-and-living-04 osaka-museum-of-housing-and-living-07

Osaka Museum House of Housing and Living Osaka Museum House of Housing and Living Osaka Museum House of Housing and Living Osaka Museum House of Housing and Living

 

 

Harga tiket masuk ke Museum of Housing and Living Osaka ini cuma 600 Yen untuk dewasa dan kanak-kanak. Namun bila ada program atau exhibition khas, harga tiket masuk ke dalam muzium ini akan lebih mahal.

Nak ke sini mudah sahaja, boleh menggunakan perkhidmatan LRT atau Subway. dari mana-mana stesen, boleh stop di Stesen Tenjinbashisuji 6-chome Station (exit No.3).

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.