Site icon Travel Blogger Malaysia

Musim Baru Oh My English Musim Ke-3 Di Astro TVIQ Dan Astro Maya HD

oh-my-english-musim-3
Anda merupakan peminat rancangan berbentuk Ilmiah seperti Oh! My English di saluran Astro TVIQ dan Astro  Maya HD??? Ini lah yang anda tunggu-tunggu kerana Oh! My English Musim ke-3 akan kembali menemui anda tidak lama lagi…
Watak-watak kegemaran anda seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Jibam (Akmal Nazri), SYS (Roax Tan), Anusha (Kameesha) dan Mazlee (Zhafir Muzani) kembali ke SMK Ayer Dalam dan mereka meningkat dewasa tatkala kini mereka berada di dalam kelas yang baru, iaitu Kelas 4 Merah. 
Pastinya suasana akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran ramai muka baru yang akan menghiasi Oh My English Musim Ketiga seperti Nadiya Nisaa, Shafiq Kyle, Amyra Rosli, Juzzthin, Fauziah Ahmad Daud, Carmen Soo, Sherry Al Hadad dan Rahim Sepahtu. Gandingan mantap barisan pelakon lama dan baru pastinya akan menghidangkan anda dengan pengembaraan baru serta penuh dengan pendidikan dalam hiburan.
Jadi, tunggu kemunculan Oh! My English Musim Ke-3 dan saksikan gelagat baru murid-murid Kelas 4 Mawar di Saluran Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

Exit mobile version