Musim Bunga Sakura Paling Menarik Perlu Anda Lawati
|Melihatkan limpahan bunga Sakura yang memenuhi pokok-pokok ketika tiba musim bunga Sakura, memang mengujakan sesiapa sahaja. Tidak kira lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa. Ramai juga yang bertanya, musim bunga Sakura paling menarik kat mana? Ada sesiapa yang tahu? Adakah di Sakura di Jepun, adakah Cherry Blossom di Seoul atau Cherry Blossom di Taiwan? Ini adalah perkongsian Musim Bunga Sakura Paling Menarik Perlu Anda Lawati.
Selain negara-negara ini, sebenarnya ada juga yang berkongsi pokok bunga Sakura di China. Dengar kata, di Hong Kong juga ada kawasan yang sudah ditanam pokok Cherry Blossom ini dan akan dapat dilihat hasilnya pada beberapa tahun akan datang.
Baca : Musim Cherry Blossoms Yang Cantik di Alishan Taiwan
Musim Bunga Sakura Paling Menarik Perlu Anda Lawati
Secara peribadi, sudah dua kali MrJocko plan untuk melihat bunga Sakura ni. Pertama kali pada tahun 2010, ketika trip ke Seoul, Korea Selatan. Sayangnya, kami terlebih awal sampai ke sana. Masa tu, akhir bulan Mac dan awal bulan April. Ruginya.
Kali kedua, MrJocko ke Tokyo. Tengok dalam jadual forecast, memang Sakura akan kembang pada sekitar akhir April membawa ke Mei. Sayangnya tersilap tengok lokasi. Jadual Sakura kembang itu untuk bandar Sapporo, tetapi MrJocko ke Tokyo. Miss sekali lagi.
Tahun ini memang plan nak cari Sakura juga, tetapi terikat dengan jadual media trip ke Britain. Sayang sebab jadual asal trip ke Britain akhir Mac hingga April 2016, tetapi hingga kini belum dapat tarikh sebenar. Nampaknya terlepas lagi musim Sakura untuk tahun ini yang rasanya akan tamat dalam masa seminggu dua lagi.
Nak pergi beli tiket sekarang boleh, tetapi sudah pasti kos travel ke sana meningkat 2 kali ganda. Tunggu tahun depan jer la, InsyaAllah.
Mungkin ada yang rancang nak lihat musim bunga sakura di Jepun seperti di Osaka, Kyoto, Tokyo atau Sapporo. Tetapi sebenarnya, ada banyak lagi lokasi yang boleh anda cuba.
Antara yang menarik untuk anda pilih ialah melihat Cherry Blossom di Seoul, Busan, Pulau Jeju di Korea Selatan atau pilih ke Alishan, Sun Moon Lake di Taiwan. Ini antara lokasi yang dikatakan punyai pilihan pemandangan Cherry Blossom yang cantik untuk melihat bunga tersebut.
Nota Kaki : Kredit Gambar dari carian Google. Sekiranya anda adalah pemilik gambar di atas dan mahukan gambar-gambar tersebut dikeluarkan, sila maklumkan kepada saya.
Jadi, kalau nak melihat Sakura atau Cherry Blossom, boleh semak forecast bunga ini kembang dan pilih tarikh antara akhir Mac hingga akhir April setiap tahun. Jangan lupa tempah tiket penerbangan awal-awal untuk dapatkan harga yang murah ;).