Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Musim Gaduh BOLA Kini Bermula 2013-2014

Kalau anda seorang lelaki, anda mesti menantikan musim baru bolasepak musim 2013-2014 yang akan bermula pada esok, Sabtu 17 Ogos 2013. Paling mencuri tumpuan, pasukan kelab Inggeris atau English Premier League 2013-2014 seperti Manchester United (pasukan pilihan MrJocko), Chelsea (Shakiddo), Arsenal (Denaihati) dan Liverpool (Sohoque).
Musim ini la kalau nak tengok penyokong masing-masing sanggup bersengkang mata jam 11.00 malam atau 3.00 pagi semata-mata untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. Musim ini juga kalau nak lihat, penyokong Man Utd kutuk penyokong Chelsea, peminat Chelsea boo pasukan Arsenal, Die Hard Fan Liverpool perli pasukan Man Utd dan masing-masing kata team mereka adalah team terbaik.
Penyudahnya Juara Liga yang di cari, Champions League dan juga Carling Cup yang selalunya mencuri tumpuan peminat dan pasukan yang bertanding. Bagi Man Utd, Alhamdulillah, dah menang Piala Perisai (Community Shield 2013) dan harapan akan mengekalkan kejuaraan Liga seperti Musim 2012-2013.
Pada Musim 2013-2014, Senarai pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris adalah Arsenal, Aston Villa, Cardiff City, Chelsea, Crystal Palace, Everton, Fulham, Hull City, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Newcastle United, Norwich City, Southampton, Stoke City, Sunderland, Swansea City, Tottenham Hotspur, West Bromwich Albion dan West Ham United.
Namun, tak semestinya Liga Perdana Inggeris sahaja, LA Liga dan juga Serie A juga menjadi pilihan sesetengah peminat bola di Malaysia. Nama seperti Messi, Neymar, Ronaldo dan ramai lagi ‘star’ akan menyinari musim bolasepak musim 2013-2014 ini.
Apa lagi, kalau nak tengok LIVE, boleh la subscribe ASTRO.
p/s : Kutuk mengutuk bola sepanjang musim hanya lah sebagai gurauan rakan-rakan dan suka-suka sahaja. Nothing personal dan sememangnya jangan sampai ada yang ambik hati. Yang bergurau pula, jangan la sampai keterlaluan 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.