Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ketibaan Musim Luruh Di Negara Jepun Autumn Season

Ketibaan Musim Luruh Di Negara Jepun Autumn Season memang dinantikan ramai pelancong seluruh dunia. Kalau diberi pilihan, ini adalah musim terbaik di Jepun jika anda seorang yang kaki travel dan tak sukakan suhu yang terlalu sejuk. Musim luruh, akan menjadikan suasana Jepun sangat berbeza dengan masa sebelum ini.

Pun begitu, selama saya travel ke Jepun, tak pernah sekali sempat dengan usim kemuncak Autumn Japan, tak kira samada di Tokyo, Osaka, Sapporo ataupun di Fukuoka. Semoga dipanjangkan umur dan berkesempatan untuk ke Jepun di musim luruh yang akan datang.

Baca : Musim Sejuk Di Jepun Percutian Halal Muslim Sapporo

Musim Luruh Di Negara Jepun Autumn Season 2021

 


Ketibaan Musim Luruh Di Negara Jepun Autumn Season

musim-luruh-di-negara-japun-01
 

Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada akhir September dan berakhir pada hujung bulan November, hampir setiap tahun. Sekitar 2 bulan, warna-warni akan mengambil warna hijau yang kebiasaan ada di pokok-pokok dan gunung-ganang.

Tidak seperti di Malaysia, bila tiba autumn season (musim luruh), hampir keseluruhan pokok, daun tumbuhan berkayu akan mula bertukar warna menjadi warna jingga, warna merah, warna kuning dan ada sesetengah menjadi warna keemasan.

Warna-warni landskap di negara yang mempunyai 4 musim seperti di negara Jepun ini memang memukau. Seluruh negara mula akan kembali ke suhu yang agak dingin dan daun-daun akan bertukar warna yang agak terang. Sangat cantik…
 

musim-luruh-di-negara-japun-02
Gunung Fuji Di Musim Luruh

musim-luruh-di-negara-japun-03

musim-luruh-di-negara-japun-04

musim-luruh-di-negara-japun-05
Musim Luruh Di Kyoto

 

Ramai pengunjung dari luar negara, jika nak ke Jepun akan cuba merancnag untuk tiba di sini pada musim bunga dan musim luruh. Sebab, musim ini, kita masih bebas untuk berjalan kaki ke sana sini tanpa risaukan suhu yang sejuk bila berada di luar bangunan. Suhu ang terlampau sejuk di musim winter dan suhu yang panas ketika summer mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.

Jadi, jika anda merancang untuk bercuti dengan keluarga, boleh ke sini pada musim luruh. Pasti akan lebih puas hati kerana akan terpesona dengan pemandangan yang cantik, suhu yang dingin sesuai serta suasan yang nyaman.

Menurut ramai pengembara dan orang tempatan, ada 10 lokasi yang paling popular untuk pelancong singgah di musim luurh di seluruh negara Jepun. Antara lokasi tersebut :

Tofukuji Temple (Kyoto)
Icho Namiki or Jingu Gaien Ginkgo Avenue (Tokyo)
Ueno Park (Tokyo)
Rikugi Garden (Tokyo)
Oze National Park
Mount Nasu (Tochigi / Fukushima)
Daisetsuzan National Park
Fuji Five Lakes

Oleh itu, untuk anda yang merancang nak travel ke Jepun, boleh rancang untuk travel bajet ke Jepun atau bayar sahaja pakej mewah ke mana-mana destinasi menarik musim autumn di Jepun. Sudah pasti lokasi ini sangat berbeza dengan tempat lain di dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.