Site icon Travel Blogger Malaysia

Rancang Bercuti Di Musim Pilihanraya Umum Ke-15 Malaysia

Tarikh PRU15 atau Pilihan Raya Umum Ke 15, sudah diumumkan secara rasmi oleh pihak SPR beberapa hari yang lepas. Kami yakin di masa ini, ramai yang sudah siap sedia untuk membuat pemilihan Parti mana yang akan mereka pilih dihari mengundi nanti. Ramai yang pasti akan balik ke kampung untuk mengundi dan masa mereka Rancang Bercuti Di Musim Pilihanraya Umum Ke-15 Malaysia.

Kali ini, menjadi fokus ialah Pilihanraya di peringkat Parlimen, untuk memilih wakil rakyat ke Parlimen kerana ada beberapa Dewan Undangan Negeri masih lagi tidak dibubarkan. Negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dibubarkan setakat hari ini.

Baca : PRU13 Korang Pilih Siapa?

Pilihanraya Umum Ke-15 Malaysia

 


Rancang Bercuti Di Musim Pilihanraya Umum Ke-15 Malaysia

Pilihanraya Umum Ke-15 Malaysia
 

Seperti PRU12, PRU13 dan PRU14, kami balik kampung untuk melaksanakan tanggungjawab kami. Meredah kesesakan jalanraya dan kemeriah kempen Pilihanraya sepanjang jalanraya menuju je Pantai Timur. Meriah sangat, bermula seawal di Plaza Tol Gombak, hingga ke kampung.

Sepanjang jalan, penuh dengan tiang-tiang bendera parti masing-masing di pacak dan didirikan dikiri dan kanan jalan.

Sememangnya, suasana ini hanya tiba selepas 5 tahun sekali. Sebab itu, ramai yang rancang cuti panjang untuk balik ke kampung sambil melaksanakan urusan PRU di Pusat Mengundi masing-masing.
 


 

Untuk informasi, tarikh penting bagi PRU15 Malaysia kali ini ialah :

Hari Penamaan Calon : 5 November 2022 (Sabtu)
Hari Mengundi Awal : 15 November 2022 (Selasa)
Hari Mengundi : 19 November 2022 (Sabtu)
Tempoh Berkempen : 14 Hari

PRU15 Malaysia kali ini, nampaknya membariskan tiga Pasukan Gabungan Utama, iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan. Namun, sudah pasti ada ramai juga Parti Bebas yang dijangka akan turut serta dalam PRU15 kali ini.

Sila semak informasi mengundi anda di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya dan pastikan anda berada di Pusat Mengundi yang betul mengikut rekod SPR sebelum membuat undian.

Bagi anda yang dah rancang untuk bercuti di musim Pilihan Raya Umum 15, enjoy your trip dan Selamat Mengundi.

Exit mobile version