Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Musim PKP Saya Belajar Tanam Sayur Di Rumah

Selepas 1 bulan lebih dikenakan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP), baru terfikir nak belajat tanam sayur di rumah. Tu pun selepas melihat ada ramai rakan yang berkongsi info tentang cara menanam sayur dengan mudah. Saya sahut peluang, ambil pengalaman Musim PKP Saya Belajar Tanam Sayur Di Rumah.

Ada banyak cara mudah untuk menanam sayur dirumah, tetapi saya ambil cara yang paling simple, dengan menggunakan bahan-bahan buangan yang selalu kami guna. Untuk kami yang selalu buang bekas telur, kami gunakan sebagai pengganti tanah untuk menanam benih pokok Kacang Botol. Paling mudah.

Baca : Musim PKP dan Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara
 



Musim PKP Saya Belajar Tanam Sayur Di Rumah

Musim PKP Saya Belajar Tanam Sayur Di Rumah
 

Kenapa saya memilih kacang botol? Sebab pokok ini antara pokok yang boleh tahan lama kalau ia hidup. Lagipun ia tak perlukan tanah yang besar dan boleh dikawal pucuk pokok supaya berada dipautan tali atau jaring yang disediakan. Lagipun sayur Kacang Botol adalah ulaman yang paling senang kalau nak petik dan makan. Resipi Kacang Botol Cicah Budu atau Kacang Botol Goreng memang sedap.

Cara-cara Saya Tanam Benih Kacang Botol

Bahan-bahan

1. Dua Papan Bekas Telur
2. Air Untuk Merendam Bekas Telur
3. Pasu Untuk Menanam
4. Bijih Benih Kacang Botol

Cara-Cara

1. Rendam satu papan Bekas Telur dalam air dan biarkan ia lembik.
2. Letakkan bekas telur yang sudah lembik di dalam bekas telur yang satu lagi.
3. Letak satu biji benih pada setiap lubang
4. Siram air secukupnya
5. Selepas 1 minggu, anak benih akan mula tumbuh
6. Selepas 2 minggu, tambah tanah untuk biarkan pokok membesar
7. Buat Jaring atau Tali untuk pokok memanjat
8. Tunggu ia berbuah

Mudah kan? Tanam sekejap dan tunggu dalam masa 2 bulan, InsyaAllah, kalau ia hidup, dapat la makan hasil Kacang Botol tanam sendiri. Lebih segar, lebih sihat dan pastinya tidak ada bahan tercemar.

Pastikan pokok disiram setiap hari. Sebaiknya, tanah kena pastikan lembab untuk mempercepatkan pokok ini cepat membesar dan berbuah. Jangan lupa letak baja kalau perlu, tetapi jangan letak banyak, nanti boleh mati.

Selamat Mencuba.

Baca : Tips Menanam Sayuran – Cara Tanam Sayur Dalam Pasu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.