Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Muslim Friendly Food di Korea Kini Semakin Berkembang

Sejak hari pertama MrJocko singgah di Restoran Itali yang terkenal di Seoul, mereka sudah faham istilah Menu Muslim Friendly Food di Korea. Rupanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menu Muslim Friendly Food di Korea sudah mula berkembang dan mendapat sokongan dari ramai pengusaha restoran di Korea.< Untuk info asas dan mudah, Muslim Friendly Food bermaksud, mereka (Chef) bukan Muslim, tetapi menyediakan menu halal sebaik mungkin tidak melibatkan penggunaan daging atau arak dan bahan tidak halal ditambah dengan penggunaan bahan yang hanya berkaitan dengan sayuran atau seafood sahaja untuk pelanggan Muslim mereka. Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Korea Selatan

 


Muslim Friendly Food di Korea

Muslim Friendly Food di Korea

 

Malah dibeberapa restoran juga mereka menyediakan pinggan, sudu dan garfu, mangkuk serta peralatan memasak khas hanya untuk memasak masakan orang Muslim sahaja. Mereka biasanya melabelkan peralatan tersebut dengan warna HIJAU sebagai lambang kepada Halal Muslim.

Bila mereka menghidangkan menu Halal Muslim Friendly Food, mereka juga melabelkan nama untuk memudahkan pelanggan Muslim mereka melihat mana satu menu makanan halal yang ada di restoran mereka.

Muslim Friendly Food Di Korea

 

Muslim Friendly Food di Korea Muslim Friendly Food di Korea

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Sebagai contoh, ini adalah antara menu halal Muslim Friendly Food di Haslla Art World Museum Hotel di Korea Selatan. Ia antara hotel baru yang menjadi tarikan pelancong ke Gangwon Province jika melawat Haslla Art World Museum.

Ini adalah beberap menu halal Muslim Friendly Food yang mereka hidangkan ketika menu makan tengahari. Banyak juga dan ia antara menu-menu yang sedap. Kebanyakkannya adalah menu masakan orang Korea yang kemudian diolah dengan cara menu Halal Muslim supaya memudahkan tetamu seperti kami untuk menjamu selera.

Muslim Friendly Food di Korea Muslim Friendly Food di Korea

http://www.mrjocko.com/2017/05/restoran-halal-muslim-pasha-incheon.html

 


Sebenarnya pun, apa yang MrJocko faham tentang menu makanan orang Korea, mereka banyak makan makanan yang berasaskan sayuran seperti Kimchi. Kalau rata-rata kita lihat waktu makan tengahari, ramai antara orang Korea makan Nasi Putih, Kimchi, Ikan Kering, Jeruk dan juga sedikit Sambal seperti Cencalok.

Makanan terkenal Korea seperti Bibimbap, Kimbab pula kebiasaannya mempunyai kombinasi Nasi dan sayuran tanpa daging. (Maksudnya kalau tak ada daging pun boleh). Makanan tradisional Korea yang terkenal pun banyak berasaskan nasi dan sayur. Kalau kita Muslim nak makan, kena tanya dulu, takut mereka ada campurkan dengan daging.

 

Muslim Friendly Food di Korea

 

Inisiatif seperti ini memang antara cara terbaru restoran dan hotel kebanyakkan di Korea dalam mempromosikan Muslim Friendly Food di tempat mereka. Ini kerana mereka sedar yang potensi pelanggan mereka yang membawa masuk ‘bisnes’ kepada mereka kini ramai dari negara Muslim seperti Malaysia, Indonesia dan juga negara Timur Tengah.

Pujian harus diberikan kepada usaha Korea Tourism Organization dan juga Korea Muslim Federation dalam membantu mempromosikan menu Muslim Friendly Food di Korea dengan begitu aktif dan bersungguh-sungguh.

InsyaAllah, selepas ini, mungkin dalam masa setahun dua lagi akan ada lebih banyak menu makanan halal di Korea untuk kemudahan orang Islam jika melancong ke Korea.

Kalau dulu, mereka bermula dengan meneyediakan Prayer Room Musalla di Incheon Airport http://www.mrjocko.com/2014/05/lokasi-surau-di-incheon-airpor.html,  sekarang mereka menambah banyak restoran untuk menyediakan menu makanan Halal untuk Orang Muslim.

Kredit : Gambar dirakam menggunakan kamera Sony RX100 Mark4

 

Muslim Friendly Food di Korea

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.