Site icon Travel Blogger Malaysia

Beli Mutiara Di Pasar Filipino Atau Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Mutiara di Sabah antara mutiara yang bermutu tinggi dan menjadi pilihan ramai peminat aksesori wanita. Jadi kalau ke Sabah, ambil lah peluang untuk Beli Mutiara Di Pasar Filipino Atau Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Ada banyak pilihan mutiara yang cantik-cantik di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dulu dikenali sebagai Pasar Filipino).

Baca : Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu



Kenapa Pasar Kraftangan ini terkenal?

Lokasi Pasar Kraftangan berada dikedudukan yang strategik. Ia terletak di tengah bandar, di laluan utama dan berdekatan dengan persisir laut dan jeti yang menghubungkan antara daratan Kota Kinabalu dan juga Tunku Abdul Rahman National Park.
 

Beli Mutiara di Pasar Filipino atau Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Mutiara Di Pasar Filipino
 

Sebenarnya di Pasar Kraftangan ini ada banyak lagi barangan lain yang dijual. Ada barangan cenderamata atau gifts untuk anda beli, berkaitan dengan Sabah. Ada key chain, fridge magnet, beg, pen dan banyak lagi.

Tetapi, yang paling popular di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu ini semestinya mutiara Sabah. Ada pelbagai pilihan dari mutiara sungai dan mutiara laut yang boleh anda pilih. Nak jenis mutiara dengan harga yang murah pun boleh, mutiara dengan harga yang mahal pun ada.

 

 

Bagi yang tidak pernah melihat ‘mutiara asli’, anda boleh lihat sendiri rupa mutiara yang sebenar di sini. Walaupun kebanyakkan mutiara kita lihat dalam bentuk bulat atau bujur, ramai yang tidak tahu bahawa rupa sebenar mutiara tidak la cantik. Ia melekat di kulit cengkerang sebelum dicabut dan diproses menjadi kilat dan dibentuk mengikut saiz.

Tips nak beli Mutiara yang biasa MrJocko dengar seperti, mutiara sungai berbentuk bujur, manakala mutiara laut berbentuk bulat. Mutiara juga mempunyai banyak warna selain dari warna putih. Paling popular ialah mutiara putih dan mutiara hitam.

Cara nak tahu mutiara asli? Mudah sahaja, anda cuma perlu bakar mutiara tersebut. Kalau dipanaskan selama beberapa saat, jika tidak ada kesan terbakar atau merekah, ia adalah mutiara asli.

 

 

Nak makan seafood murah boleh singgah di gerai makanan di kawasan Waterfront Kota Kinabalu http://www.mrjocko.com/2014/10/seafood-murah-dan-sedap-di-kota-kinabalu.html

Jangan ingat mutiara di Pasar Filipino ini hanya untuk hiasan orang perempuan sahaja. Memang mutiara terkenal dalam membuat rantai leher, gelang tangan, cincin, brooch, subang telinga dan banyak lagi. Untuk orang lelaki, paling popular ialah dibuat butang baju melayu mutiara yang memang  cantik.

Harga mutiara di Pasar Kraftangan Kinabalu pun memang berpatutan. Sebagai contoh, brooch yang dijual secara borong ini, dalam 12 set cuma dijual dengan harga RM30 sahaja. Kalau biasa, orang jual subang telinga atau brooch satu set dalam RM10. Kalau 12 pcs dah jadi RM120. Jadi, kalau ke sini, beli lah secara borong untuk diskaun dan penjimatan yang lebih menguntungkan.

Nak maklumat yang lebih lanjut tentang Sabah boleh layari laman web rasmi Sabah Tourism http://www.sabahtourism.com

I Love Sabah, Sabah Ok Bah dan berbaloi jika anda bercuti di Sabah. Ada banyak lagi tempat menarik di Sabah. InsyaAllah, tunggu di entry yang akan datang. Bye!!!

Exit mobile version