Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Muzium Kamera Pulau Pinang Camera Museum Penang

Andainya anda peminat Kamera, apa kata singgah di The Camera Museum atau Muzium Kamera di Pulau Pinang. Lokasinya terletak di George Town Heritage Zone dan memang senang di cari. Ia terletak di Jalan Muntri, Georgetown dan ia dibuka pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 malam.

Muzium Kamera di Pulau Pinang ini dibuka secara rasmi pada 9 Oktober 2013 dan ini menjadi tarikan pelancong ke Pulau Pinang dan ia merupakan camera museum pertama seumpamanya di Malaysia.

muzium kamera pulau pinang

 


Tempat Menarik Camera Museum Penang

muzium kamera
Muzium Kamera Pulau Pinang
muzium kamera
muzium kamera
muzium kamera

 

Camera Museum Penang

Di Muzium Kamera Georgetown ini ada tersimpan pelbagai koleksi kamera terawal yang menjadi koleksi peribadi tuan punya muzium. Lebihan ratusan model kamera lain serta banyak lagi koleksi jarang ditemui, mereka dapatkan dari seluruh pelusuk dunia.

Di sini mereka menyimpan banyak koleksi antik. Muzium ini mempunyai koleksi kamera Obscura, Daguerreotype, Kamera Kotak, Folding Camera, 35mm Camera, Single dan Twin Lens Reflex dan banyak lagi. Ada sesetengah jenama kamera ini, tidak pernah kami dengar namanya sebelum ini.

Malah yang paling menakjubkan, mereka mempunyai koleksi kamera 3D terawal yang digunakan pada sekitar 100 tahun terdahulu. Sesuatu yang sangat rare bagi peminat kamera seperti kami.

Jangan terkejut kalau ada banyak kamera antik yang di simpan di sini, tetapi ia masih lagi boleh digunakan. Betul! bila kami kata ia masih boleh di gunakan dan berfungsi dengan baik untuk merakam gambar samada menggunakan filem atau kamera digital pertama. Ia masih boleh merakam gambar anda menggunakan filem dan boleh diproses menjadi satu gambar yang lengkap.

Jadi, jika anda berkungjung ke Pulau Pinang, singgah lah di lokasi menarik di Pualau Pinang ini, The Camera Museum Penang. Banyak kamera antik dan unik akan anda lihat di sini.

Harga tiket masuk ke Muzium Kamera Georgetown ini hanya RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan Warga Emas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.