Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Muzium Kota Johor Lama Peninggalan Sejarah Yang Unik

Ada satu muzium yang jarang diketahui umum di Johor. Ia terletak di Kota Tinggi, Johor dan merupakan antara lokasi penting dalam sejarah negeri Johor. Di sini meninggalkan banyak sejarah lama Kota Johor dan punyai nilai sejarah tersendiri. Lokasi ini dikenali sebagai Muzium Kota Johor Lama.

Muzium Kota Johor Lama ini merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara ‘insitu’ di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.

Muzium Kota Johor Lama 

Muzium Kota Johor Lama

 

Muzium Kota Johor Lama

Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor. 

Ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula dengan pengenalan Kota Lama Johor sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara.

MrJocko dan rakan media sempat mengunjungi muzium ini dan melakukan beberapa aktiviti termasuk bersama-sama gotong royong dalam membersihkan kawasan sekitar muzium.

Bangunan ‘rumah lama’ ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri dan boleh dimajukan lagi jika ia dikomersilkan dan dijaga dengan baik. Kawasan sekitar yang masih lagi menghijau dan dikelilingi oleh pokok buahan, sesuai kalau digandingkan dengan pelancongan homestay dan kebun buah.

Muzium-Kota-Johor-Lama

Muzium_Kota_Johor_Lama_01 Muzium_Kota_Johor_Lama_05 Muzium_Kota_Johor_Lama_10 Muzium_Kota_Lama_Johor_05

Waktu Operasi Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Johor lama ini dibuka setiap hari, dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Masuk adalah percuma dan di sini punyai kemudahan ‘lawatan berpandu’, ruang parkir serta tandas awam. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi : 

Muzium Kota Johor Lama Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan) Lot 1468, Kampung Johor Lama 81940 Kota Tinggi Johor Darul Takzim.

Tel: 07-895 5282
Fax: 07-895 2082
Email: pr.mkjl@jmm.gov.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.