Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Muzium Labuan Memorial Pulau Maida Di Borneo

Ramai yang datang ke Wilayah Persekutuan Labuan terlepas pandang untuk singgah ke Muzium Labuan Memorial Pulau Maida Di Borneo. Sangat rugi kalau tak ambil peluang melihat sendiri sejarah penting Borneo yang berlaku di Pulau Labuan. Banyak yang unik sebenarnya tentang Pulau Labuan. Sebab itu, ia sebenarnya destinasi wajib lawat kalau ke Labuan.

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004 dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Muzium Labuan Memorial Pulau Maida Di Borneo

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-01 copy

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-02

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Antara yang menarik tentang Muzium Labuan, ia banyak menceritakan tentang pendudukan dan perang ketika World War 2 yang mana perang antara British, Jepun dan pendudukan kembali Tentera Australia di Pulau Labuan.

Lebih menarik, pendudukan pasukan tentera ketika perang di Borneo dan sekitarnya adalah kerana lokasi Pulau Labuan yang sangat strategik untuk dijadikan pusat Tentera. Begitu la serba sedikit apa yang saya faham. Nak tahu lebih lanjut, boleh datan gsendiri ke Labuan Museum.

Baca : Pengalaman Pertama Kali ke Labuan

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-03

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-04

Pulau-Pulau di Labuan
Pulau-Pulau di Labuan

Muzium Labuan Memorial Pulau Maida Di Borneo

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-07

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-08

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-09

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-10

muzium-labuan-memorial-pulau-maida-11

Kenapa Labuan di kenali dengan nama Pulau Maida?

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima]) sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Sejarah lain tentang Labuan, kisah Misteri Chimney Labuan, Gedung Ubat Labuan dan banyak lagi, kena la datang sendiri ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk tahu rahsianya.

Lokasi Muzium Labuan ni dikira berada di tengah-tengah kawasan menarik di Labuan. Ia terletak berdekatan dengan Labuan Square, Financial Park dan juga Labuan Botanical Garden.

Labuan Museum (Muzium Labuan) dibuka setiap hari dari jam 8.30am sehingga jam 5.00pm dan ia adalah PERCUMA, tiada bayaran tiket dikenakan kepada pengunjung.

Berminat untuk ke sini boleh la dapatkan informasi lanjut di pautan web rasmi mereka Labuan Museum atau di alamat :

Labuan Museum, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, U 0364, Jalan Dewan, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-414 135
Fax: 087-414 462
Email: mlabuan@jmm.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.