Muzium Padi Negeri Kedah Ada Banyak Yang Menarik
Sebenarnya Muzium Padi Negeri Kedah Ada Banyak Yang Menarik boleh anda alami. Namun, sayang sekali sebab ramai yang mungkin tak pernah sampai di Muzium Padi Negeri Kedah. Jika dilihat dari luar, bangunan ini memang besar. Jika anda masuk ke dalam bangunan, ia lagi besar dan banyak yang boleh anda teroka.
Muzium ini bolehdijadikan penyambung informasi kepada semua warga Malaysia yang mungkin tidak tahu tentang sejarah padi di Malaysia, bagaimana cara penanamannya serta kehidupan masyarakat dulu sebagai petani, pesawah padi, khususnya di Kedah Darul Aman.
Baca : Ini Sesuatu Yang Menarik di Negeri Kedah
Muzium Padi Negeri Kedah Ada Banyak Yang Menarik
Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan pihak Perbadanan Muzium Negeri Kedah dan dibangunkan sebagai salah satu tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat. Di tingkat bawah adalah ruang pameran dan tingkat ke atas adalah tempat lakaran 360 darjah pemandangan Bukit Keriang.
Di sini juga mereka turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Informasi tentang Muzium Padi Kedah
Muzium Padi ialah sebuah muzium yang terletak di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menjadi tempat untuk berkongsi tentang kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah. Kedah Darul Aman dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia”. dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
Bayaran masuk untuk ke Muzium Padi Kedah ini cuma RM5.oo untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Percayalah, berbaloi anda bayar nilai ini dengan pengalaman di Muzium Padi Kedah ini. Paling menarik bila berada di tingkat atas melihat lukisan 360 pemandangan yang awesome.
Muzium Padi Kedah teletak kira-kira sejuah 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.
Muzium Padi ini berlatarbelakangkan Gunung Keriang. Jika anda berkunjung pada musim padi menguning, anda akan lihat kecantikkan warna keemasan pada musim padi masak.
Muzium Padi Negeri Kedah Banyak Yang Menarik
Muzium Padi Kedah teletak kira-kira sejuah 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.
Muzium Padi ini berlatarbelakangkan Gunung Keriang. Jika anda berkunjung pada musim padi menguning, anda akan lihat kecantikkan warna keemasan pada musim padi masak.
Bayaran Masuk
Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
Tutup
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
Alamat
Muzium Padi,
Lot 798 Jalan Gunung Keriang,
Mukim Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Related Posts
-
kat ABC Corner
No Comments | Jun 13, 2009
-
50 years and Merdeka
No Comments | Aug 30, 2007
-
Bunkface Kata K-Pop Miming
3 Comments | Apr 15, 2012
-
5 Bidang Kerja Yang Di Jangkakan Menjadi Pilihan Utama 2013
No Comments | Jan 24, 2013
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
saya ni asal org kedah.. tp tak pernah sampai sini lagi.. hahahah
kena naik tingkat atas. View 360 terbaik!!! @Jueliza