Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

My First NSC Trip Part 1

Tahun ni memberi rezeki yang lebih sikit kepada kami. Ditambah dengan bonus Trip percuma ke Phuket selama 4 hari 3 malam termasuk smua penginapan, makan minum, jalan2 dan show2 terhebat di Phuket.Trip NSC (National Sales Convention) grup aku bermula pada hari Rabu lepas, 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011. Seramai 26 orang kami bergerak dalam satu kumpulan. Berkumpul di KLIA dan kami ke Phuket menaiki penerbangan MAS.Setiba di Airport Phuket kami di sambut dgn kalungan bunga dan tradisi orang Phuket. Dan terus membawa kami ke lawatan pertama, Restoran Halal untuk makan tengahari.Menu lunch kami sangat lah hebat. Tomyam Seafood, Ketam masak Black Pepper, Ikan Masak 3 Rasa, Sayuran dan jugak Sotong. Rasa memang asli TomYam. Lepas dah kenyang semua, baru lah kami melawat kilang proses buah Gajus dan makanan yang berasaskan Gajus.Kemudian dibawa membeli-belah di kawasan Chalong Temple yang punyai senibina bangunan yang begitu tradisional dan cantik. Dan abis bergambar, baru kami dibawa masuk ke hotel di Phuket untuk check-in, The Millennium Resort, Patong.bersambung…

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.