Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

My Life as Perunding Kewangan

Masa aku breakfast pagi tadi, ada kawan bagi aku idea yang sangat bernas. Idea yang cukup memberi aku inspirasi sebagai seorang blogger. Affendi menyarankan aku supaya membuat satu segmen, setiap minggu, review dan berkongsi hidup seharian sebagai pekerja tak kira lah seorang Eksekutif, Kerani, Penyapu Sampah, Drebar Teksi dan sebagainya. Thanks Affendi, idea ko memang kelasss,,,
Memang menarik, oleh yang demikian, aku akan bermula dan segmen itu akan aku slot setiap hari Selasa, entry jam 2.30 petang. Untuk entry PERTAMA, aku akan bermula dengan cerita aku sebagai Perunding Kewangan Sepenuh Masa. 
Salah satu sebab aku suka buat kerja sebagai Perunding Kewangan Sepenuh Masa ni kerana ia beri aku masa yang betul-betul Flexible. Maksudnya, aku boleh manage masa aku sesuka hati dengan disiplin yang tertentu. 
Aku boleh set, nak buat apa yang dulu, apa yang kemudian. Masa kerja dan aku boleh kejar target yang aku nak berdasarkan keupayaan logik yang aku boleh buat. Aku buat, aku dapat, tidak perlu tunggu lama.
Pagi
Selalunya, walaupun flexible, aku tetap keluar rumah seawal jam 7.30 am, hantar anak ke sekolah dan aku terus ke destinasi untuk berjumpa klien atau ke pejabat. Tapi selalunya aku ke destinasi Klien, untuk urusan discussion, presentation atau servis klien.
Biasanya aku set kan sehari untuk dapatkan 4-5 Appointment dan maksima 6. Bukan apa, kena ada limitation juga kerana aku sendiri perlu rehat dan masa untuk arrange borang dan group di bawah kendalian aku.
Tengahari
Selalunya aku akan lunch di kawasan KL saja dan sekitar dengan tempat meeting dengan Klien. Tak payah nak pergi jauh, aku cari kawan-kawan ex-office mate aku jer. Ramai lagi yang belum invest dan menyimpan.
Petang
Kalau ada appointment aku jumpa klien. Kalau tak ada, masa terluang, aku tak balik rumah. Aku cari cafe atau tempat sesuai, aku buat analysis untuk klien dan isi form untuk submission seterusnya.
Paling aku suka kerana aku tak perlu nak berselindung dengan Kemeja, Tie, Slacks dan juga pakaian smart-smart. Most klien aku adalah kawan-kawan dan aku rasa mereka lebih percaya KREDIBILITI aku dari LUARAN aku. Alhamdulillah. Tengok sajer apa yang aku pakai hari-hari. Kebanyakkannya T-Shirt Kolar dan Jean. Melainkan aku ada nak jumpa somebody yang ada title, tak kenal dan prospect korporat, aku pakai Blazer dan Suit la… kena bergaya jugak sekali sekala.

Malam
Malam selalunya, aku tak jumpa klien. Biasanya waktu kerja aku habis jam 6.00 pm dan aku dah boleh balik. Kalau sempat, aku singgah ambik anak kat sekolah. Kalau tak sempat, aku ambik my kids kat rumah bibik.
Malam aku keluar, kalau betul-betul urgent dan klien yang ajak sahaja. Kalau aku, aku jarang buat appointment malam. Penat dah seharian kerja, kan?
Weekend
Kalau ada Business Opportunity Preview atau Meeting, aku akan join pada hari Sabtu, separuh hari. Kalau tak ada, aku memang cuti duduk rumah layan family. Ahad memang aku OFF terus, melainkan kes kes terpencil. Mana tau klien ajak jumpa kejap, boleh la aku consider. Kalau tak, memang aku spend masa untuk family.
Hasil setakat ini Alhamdulillah. Personally, aku baru buat kerja Perunding Kewangan ni secara Part Time sejak 2009 dan Full Time baru sahaja 1 Mei 2012. Baru seminggu lebih dan aku harapkan ia terus berkekalan berkembang dan beri aku kekuatan untuk terus berkhidmat untuk klien aku. Amin
MrJocko.com
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.