Site icon Travel Blogger Malaysia

My Son Sanctuary Vietnam Tapak Warisan Dunia UNESCO

My Son Sanctuary Vietnam Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah satu lokasi yang patut korang singgah jika berada di Da Nang Vietnam. Mỹ Sơn Sanctuary ini merupakan satu ‘kelompok’ binaan kuil Hindu yang terbengkalai dan sebahagiannya telah hancur. Ada fakta mengatakan yang ia dibina antara Abad ke-4 hingga abad ke-14 oleh raja-raja Champa (Chiêm Thành Vietnam).

Mengikut kata orang ramai, Kuil ini di dedikasi untuk penyembahan dewa Shiva, yang dikenali di bawah pelbagai nama tempatan. Antara yang terkenal dikenali dengan nama Bhadreshvara.

My Son Sanctuary Vietnam Tapak Warisan Dunia UNESCO

My Son Sanctuary Vietnam Tapak Warisan Dunia UNESCO

 

My S0n Sacntuary Vietnam terletak berhampiran perkampungan Duy Phú, di daerah pentadbiran Duy Xuyen di Quảng Nam Province di Central Vietnam. Lokasinya dalam kehijauan hutan kira-kira 69 km sebelah barat daya dari bandar Da Nang. Ia juga berada kira-kira 10 km dari bandar bersejarah Trà Kieu.

Kalau nak ikutkan saiz, binaan sekitar kuil-kuil My Son Sanctuary Vietnam ini kira-kira dua kilometer lebar yang dikelilingi oleh dua banjaran gunung. Maksudnya, ada banyak lagi yang boleh diterokai kalau korang sanggup masuk ke dalam hutan berdekatan.

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Pintu Masuk My Son Sanctuary Vietnam

 

Dari abad ke-4 hingga abad ke-14, Mỹ Sơn Sanctuary adalah sebuah rujukan majlis agama untuk raja-raja dinasti yang memerintah Champa. Ia juga menjadi tempat perkuburan bagi golongan Bangsawan Cham dan wira negara.

Mengikut sejarah. ia berkait rapat dengan bandar-bandar Cham berhampiran di Indrapura (Đồng Dương) dan Simhapura (Trà Kieu). Pada satu masa, kawasan ini meliputi lebih 70 kuil-kuil serta pelbagai inskripsi sejarah penting dalam bahasa Sanskrit dan Cham.

My Son Sanctuary Vietnam mungkin tapak arkeologi yang paling lama didiami di Indochina, tetapi sayangnya majoriti besar seni bina kuil ini telah dimusnahkan oleh pengeboman Amerika Syarikat dalam masa satu minggu Perang Vietnam.

 

 

Kompleks Kuil di My Son Sanctuary ini dianggap salah satu yang paling utama bagi kuil Hindu di Asia Tenggara dan ia merupakan tapak warisan yang pertama seperti ini di Vietnam.

Ia sering dibandingkan dengan kompleks kuil bersejarah yang lain di Asia Tenggara seperti Borobudur Jawa di Indonesia, Angkor Wat di Kemboja, Bagan di Myanmar dan Ayutthaya di Thailand. Namun, ramai pengkaji sejarah mengatakan ia mempunyai keunikkan tersendiri dan salah satu bukti yang menyatakan bahawa pengaruh Hindu pernah bertapak di Vietnam.

Pada tahun 1999, My Son Sanctuary ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Pada mesyuarat ke-23, UNESCO diberikan Mỹ Sơn pengiktirafan ini menurut kriteria yang C (II), sebagai contoh evolusi dan perubahan dalam budaya, dan menurut kriteria yang C (III), sebagai bukti tamadun Asia yang kini telah pupus .

Untuk ke My Son Sanctuary korang kena ambil pakej ‘tour’ khas dari Da Nang. Tak pasti pulak berapa kos pengangkutan dari Da Nang ke My Son Sanctuary. Kalau tak silap bermula dari harga USD38 untuk pakej dari Da Nang ke My Son Sanctuary.

Harga tiket masuk ke My Son Sanctuary Vietnam pula hanya VND150,000 untuk seorang.

 

Nak tahu lebih lanjut boleh baca informasi di laman web UNESCO http://whc.unesco.org/en/list/949

Jangan lupa mandi manda di Pantai Da Nang Beach http://www.mrjocko.com/2015/12/pantai-da-nang-beach-vietnam.html

Exit mobile version