Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MyAirline Malaysia Pesaing Baru Tambang Murah AirAsia

Khas buat rakyat Malaysia, kita mungkin berpeluang untuk membeli lagi banyak harga tiket murah dengan pelancaran pesawat tambang murah baru di Malaysia, dikenali dengan nama MyAirline Malaysia. Pesawat ini, Syarikat MyAirline Malaysia pesaing baru penerbangan tambang murah AirAsia dan juga pastinya Malaysia Airlines serta Firefly. Kemeriahan industri pelancongan di Malaysia akan kembali meriah seperti dahulu kala.

Untuk informasi bersama, MyAirline, pemegang saham permulaan seperti yang disenaraikan termasuk Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus), dan bekas Ketua Jualan Kumpulan AirAsia Rayner Teo Kheng Hock, yang memegang dua peratus saham syarikat itu.

Baca : Pelancongan Tahun 2022 Malaysia

Pesawat MyAirline Malaysia

 


MyAirline Malaysia Pesaing Baru Tambang Murah AirAsia

MyAirline Malaysia
 

Mengikut informasi, penerbangan MyAirline akan beroperasi seawal akhir tahun 2022 dan ia mungkin akan mensasarkan beberapa laluan utama di laluan domestik seperti Kuala Lumpur – Kota Kinabalu, Kuala Lumpur – Penang dan Kuala Lumpur – Kuching.

Tidak terkecuali, laluan ASEAN yang kami jangkakan akan membuat laluan penerbangan Kuala Lumpur – Bangkok, Kuala Lumpur – Jakarta, dan beberapa destinasi lain yang popular.

Setakat ini, kami menjangkakan syarikat MyAirline ini akan menggunakan konsep Ultra Low Cost Carrier. Ia adalah istilah kedua “pengangkutan tambang rendah ultra” (ULCC) telah digunakan untuk membezakan beberapa syarikat penerbangan tambang rendah yang modelnya jauh menyimpang daripada syarikat penerbangan tambang rendah standard, dengan syarikat penerbangan tambang rendah ultra mempunyai kemasukan minimum dalam tambang dan lebih banyak yuran tambahan.

Namun, kami belum dapat pastikan kesahihannya. Kita tunggu dulu informasi yang lebih lengkap dari pihak syarikat ini.

MyAirline Malaysia

MyAirline Malaysia

MyAirline Malaysia

MyAirline Malaysia
 

Sekiranya syarikat MyAirline ini memulakan tawaran harga tiket penerbangan tambang murah mereka yang sangat berpatutan, tidak mustahil penerbangan ini akan melonjak dengan cepat, setanding dengan penerbangan tambang murah lain di ASEAN.

Kunci utama dalam kejayaan penerbangan ini, ialah harga yang mampu milik. Bila ia sudah mendapat tempat di hati penumpang, pasti ia akan menjadi satu lagi jenama yang dipercayai oleh pengembara di Malaysia dan sekitar ASEAN.

Yang untung, kita sebagai penumpang kerana bila wujud banyak syarikat penerbangan, harga tiket pasti akan jadi lebih rendah, pilihan perkhidmatan yang lebih memuaskan serta pilihan laluan penerbangan yang lebih banyak.

Tunggu kemunclan syarikat MyAirline di Malaysia dan berharap, akan ada juga promosi harga tiket Zero Fares atau Free Seats seperti syarikat penerbangan yang lain.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.