Kali ini, semua orang pasti boleh terbang dengan penerbangan MyAirline. Promosi terbaru kali ini, MyAirline menawarkan Tiket Murah Gila Cuma RM29 Terbang Ke Langkawi, Penang dan Kota Bharu. Lebih murah dari tiket bas, ia pasti akan lebih jimat jika anda dapat sama-sama dapatkan tiket promosi ini di laman web mereka. Bukan hanya itu, tiket penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching juga jauh lebih murah.
MyAirline menawarkan harga bermula RM39 untuk penerbangan ke Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak. Manakala terbang ke destinasi Kota Kinabalu bermula dari RM69 sehala. Memang berbaloi untuk semua. Tak kira beli untuk balik kampung, percutian bersama keluarga pun pasti lebih murah dengan tawaran syarikat penerbangan tambang murah Malaysia ini.
Baca : Tempat Menarik di Malaysia Tarikan Pelancongan
MyAirline Tiket Murah Gila Cuma RM29 Terbang Ke Langkawi Penang
Korang dah boleh jenguk laman web MyAirline sekarang kerana tempoh promosi harga tiket murah gila ini sudah bermula dan akan berakhir pada 26 Februari 2023. Anda boleh beli tiket antara tarikh 1 Julai 2023 sehingga 27 Oktober 2023. Sempat lagi tu kalau korang semua nak plan travel naik kapal terbang.
Banyak tempat menarik korang boleh lawat dengan destinasi ini. Kalau di Langkawi, ada kereta kabel, akuarium besar dan juga sejarah Mahsuri. Kota Bharu, penuh dengan destinasi makanan tradisi Kelantan terbaik. Manakala di Penang, terkenal dengan Nasi Kandarnya.
Kalau di Sarawak, Sibu, Miri dan Kuching punyai tarikan landskap tersendiri dan penuh dengan pengisian budaya pelbagai kaum dan etnik original di Tanah Borneo ini. Manaka di Kota Kinabalu dan Tawau, memang terkenal dengan Gunung Tertinggi di Asia dan juga syurga makanan laut yang murah dan berpatutan.
Pelbagai lokasi menarik lain juga dalam proses untuk dijadikan laluan penerbangan MyAirline pada masa yang akan datang. Sudah tentulah fokus mereka kepada detinasi domestik dahulu dan kemudian akan mencari destinasi ASEAN, Asia dan juga Antarabangsa. Tunggu sahaja masa terbaik untuk terbang dengan MyAirline.