Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nabil Raja Lawak dah nak Kahwin

Ahmad Nabil Ahmad, dulunya kerjanya Mat Despatch sajer. Sebelum awal tahun 2008, tak der saper sangat kenal si Nabil ni. Mat Peon la katakan. Tapi rezeki sebagai Juara Raja Lawak 2 memberi impak besar dalam hidup Nabil.
Dari seorang yang baisa-biasa, kini Nabil menjadi Celebriti Malaysia yang dikenali semua orang di Malaysia. Lawaknya yang selamba, kreatif dan amat spontan memikat ramai peminat. Kalau dulu hidup sederhana, sekarang Nabil boleh berbangga dengan usaha dan kerja kerasnya selama beberapa tahun ini.
Sekejap saja masa berlalu, kini Nabil, 28 tahun dah jumpa pilihan hati yang sebetul-betulnya, Nazira Ayub, 23 tahun.
Tak nak tunggu lama-lama, khabarnya Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, dan majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.
Oleh kerana nabil ni otak lawak, otak kartun, jadi Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang.
Semoga Nabil dan Zira, berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tahniah Nabil.

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.