Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Naik Bas Perjalanan Dari Istanbul Ke Ankara

Kami sampai di bumi Turkiye dengan penerbangan Turkish Airlines yang sangat hebat. Selama hampir 12 jam, tak rasa penat sangat. Suhu sejuk sudah mula terasa, memang perlu pakai baju winter yan gsesuai. Walaupun baru jam 5 petang, suasana semakin gelap dan suhu mula menurun. Tujuan kami masih lagi jauh, kami akan menaiki bas Perjalanan Dari Istanbul Ke Ankara untuk berehat satu malam.

Perjalanan kami sejaun 445 km dan mungkin akan memakan masa selama 5 jam 30 minit lagi sebelum dapat melihat bantal dan tilam empuk. Untuk hari pertama ini, aku tak boleh nak gambarkan suasana perjalanan, kerana hari dah mula gelap. Perjalanan kami, menyusuri lebuhraya utama yang jauh.

Baca : Pengalaman Terbang Dengan Turkish Airlines ke Istanbul

Perjalanan Dari Istanbul Ke Ankara

Perjalanan Dari Istanbul Ke Ankara

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00
 

Untuk korang yang nak travel ke Turkiye, jangan risau pasal transportation. Bas Pelancongan di sini memang selesa dan InsyaAllah akan membawa anda selamat ke destinasi. Ini kerana setiap bas persiaran dilengkapi dengan alat seperti Kotak Hitam yang merekodkan perjalanan bas, masa, kelajuan dan semestinya ada Dashcam Camera di setiap penjuru bas untuk keselamatan.
 

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00
 

Sepanjang jalan juga ada banyak hentian Rawat dan Rehat yang selesa. Kami juga ambil kesempatan untuk singgah di R&R untuk makan malam. Hari pertama, kami balun je menu yang dihidangkan. Nasi dan Daging Cincang berserta dengan roti dan kuah dhal. Alhamdlillah, ia masih sedap. Maklumlah, tengah lapar dan dalam suhu yang sejuk.

R&R ini ada banyak kedai makan. InsyaAllah, kesemua kedai di sini adalah halal. Kala bab makan, tak perlu risau kerana Turkiye adalah sebuah negara Islam.
 

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00

Perjalanan_Dari_Istanbul_Ke_Ankara_00
 

Selepas 5 jam 30 minit, sampailah kami ke hotel persinggahan. Kami berehat dulu. Esok akan kembali meneruskan perjalanan ke Cappadocia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.