Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mari Naik Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam

Semasa aku di Ho Chi Minh, aku tak sewa kereta dan tak ambik pakej Ground Arrangement. Untuk info, aku guna public transport sahaja. Paling aku puas hati, naik teksi Vinasun. Nak naik Teksi Vinasun di Vietnam mudah sahaja. Cuma tahan teksi tersbut, guna meter dan bayar. Naik Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam antara pengangkutan awam yang paling dipercayai.

Masa dari hotel nak ke War Remnants Museum, pegi dan balik, juga masa dari hotel ke An Dong Plaza dan An Dong Market, aku naik Teksi Vinasun jugak. Ini kerana staff hotel yang kami tinggal tu bagitahu kalau nak naik pengangkutan awam, teksi adalah yang terbaik.

Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh

Naik Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam
 

Ini kerana perkhidmatan teksi di Ho Chi Minh sangat efisen, cepat, murah dan boleh di percayai kerana kebanyakkan mereka menggunakan meter yang Sah. Apa pun, aku diberitahu kalau nak naik teksi, kena pilih Teksi Vinasun atau Teksi Malinh. Kenapa??? Aku pun tak tau. Maybe ni antara teksi yang femes kat sini kot.

Mari Naik Teksi Vinasun, Ho Chi Minh
Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam
 

Kalau korang ke Ho Chi Minh atau Saigon ni, jangan sesekali naik BECA. Anda akan menyesal kerana di tipu hidup-hidup. Cakap banyak tak guna, nasihat aku, jangan sesekali naik walaupun di tawar harga cuma 50,000 Dong atau RM7 sahaja. Nescaya selepas korang sampai ke destinasi ia akan menjadi 250,000 Dong atau RM36.

 

Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam
 

Kalau nak tahu rate price Taxi Vinasun kat Saigon atau Ho Chi Minh ni, korang boleh tengok gambar di atas. Perjalanan aku dari Hotel Mifuki, District 1 ke International Airport Saigon cuma harga 130,000 Dong atau USD6 sahaja. Perjalanan lebih kurang 10 kilometer. Jauh jugak la.

 
Teksi Vinasun Di Ho Chi Minh Vietnam
Masa nak naik teksi Vinasun ke Airport

Kami tengok bebola Api pun naik Teksi Vinasun – http://www.mrjocko.com/2015/12/jambatan-naga-api-di-vietnam.html

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.