Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nak Jual Jongkong 100g Dari Public Gold

 

Siapa nak beli jongkong Bar 100g Public Silver? Asal cerita kenapa nak jual Silver 100gram ni kerana MrJocko pun terbaca pasal nama Syarikat Public Gold pun ada dalam senarai ‘Consumer Alert List’ dari Bank Negara baru-baru ini, maka MrJocko bercadang nak jual Jongkong saiz 100g yang MrJocko ada.

Setakat hari ni pun, selama 11 bulan, performance Public Silver ni pun tak memberangsangkan. Masa Mrjocko beli, Disember 2011, nilainya RM410 dan nilai setakat semalam, 19 Oktober 2012, harga belian RM340. Bermakna selama 11 bulan, MrJocko kerugian RM70. Jika di convert kepada %, jumlahnya bersamaan kerugian -17%.

Kalau nak bandingkan dengan pelaburan Unit Trust yg MrJocko buat dalam dana Public Islamic Select Enterprise Fund (PISEF), jangkamasa yang sama, MrJocko sudah terima 20.28%.

 

 

Kenapa Unit Amanah untung banyak sangat? Kerana Unit Amanah ada kelebihan untung kenaikkan harga dan pemberian Distribution Keuntungan dalam masa yang sama. Kebetulan performance PISEF pun bagus setahun dua ni.

Sedangkan pelaburan Jongkong Emas atau Perak, mengharapkan kenaikkan harga sahaja. Kalau naik, kalau harga turun macam MrJocko beli? Sebab itu MrJocko kerugian 17% dlm masa 11 bulan. Walaupun begitu, pelaburan emas ni bagus juga kalau korang nak simpan selama 5 atau 10 tahun.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.