Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nak Tahu Harga Durian Di Thailand Murah Dan Sedap

Malaysia dan Thailand punyai situasi cuaca yang hampir sama. Sebab itu di Thailand juga ada banyak jenis Durian yang bermutu tinggi yang menjadi pilihan peminat durian. Antara yang popular sejak dari dulu di panggil Durian Bangkok. Mungkin ramai Nak Tahu Harga Durian Di Thailand

MrJocko sempat singgah di satu tempat yang menjual durian di Koh Samui Thailand masa FAM Trip ke Koh Samui bulan April 2017 lepas anjuran Bangkok Airways. Kami teruja melihat harga durian di Thailand jauh lebih murah dan agak sedap berbanding dengan beberapa jenis durian yang ada di Malaysia.

Nak Tahu Harga Durian Di Thailand Murah Dan Sedap

harga durian di thailand murah

 

Ini durian yang MrJocko maksudkan. Kalau tak silap, di Malaysia kami panggil ini Durian Bangkok. Kalau tak silap juga ia jenis Durian Montong yang terkenal di Thailand. Masa MrJocko zaman kanak-kanak, kami ada sepohon pokok durian ini. Kami panggil ‘Durian Bangkok’. Itu cerita dulu, sekarang ni pokok tu dah lama mati.

Nak tahu jenis durian terbaik di Malaysia boleh baca ini http://www.mrjocko.com/2012/06/jenis-durian-terbaik-di-malaysia.html

Harga durian di sini dijual dengan hanya harga THB100 sahaja untuk sekilo. Berbanding di Kuala Lumpur, kebanyakkan durian dijual bermula dari harga sekitar RM15 (THB120) sekilo dan punyai isi yang agak kecil. Kalau jenis besar seperti ini, biasanya akan dijual sekitar RM20 (THB160) sekilo.

 

harga durian di thailand murah harga durian di thailand murah harga durian di thailand murah

 

Jenis isi durian ini memang besar. Satu ‘pangsa’ kadang-kadang hanya punyai satu atau 2 ulas sahaja. Tetapi isi dia memang besar dan banyak walaupun makan satu ulas.

Jenis durian Montong dari Thailand ini, ia punyai rasa yang lebih lemak. Rasanya tetap manis tetapi tidak semanis durian Musang King atau Udang Merah di Malaysia. 

Rezeki kami hari tu, pihak Tourism Authority of Thailand sudi belanja kami makan durian Thailand. Alhamdulillah, bukan sebiji, bukan dua biji tetapi empat biji dan kami makan ramai ramai. Sebabkan buah durian yang bersaiz besar dan juga isi yang pejal dan besar, semua dapat merasa dengan puas dan kekenyangan.

Terima kasih Pengarah Tourism Authority of Thailand. Masa untuk terbang ke Koh Samui dengan Bangkok Airways www.bangkokairways.com ke Koh Samui dengan penerbangan terus dari KLIA.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.