Site icon Travel Blogger Malaysia

Nama Anak Panda Ketiga Zoo Negara Malaysia

Hari ni, kami sempat singgah di Zoo Negara. Kalau dah masuk Zoo Negara, tidak lengkap kalau tidak masuk sekali ke Pusat Konservasi Panda Gergasi. Kebetulan, masa ini, satu Malaysia tengah viral dengan kelahiran anak panda yang ketiga dan akan diberi nama tidak lama lagi. Sebab itu, hingga hari ini, kami sendiri tidak tahu Nama Anak Panda Ketiga Zoo Negara Malaysia tersebut.

Untuk informasi ringkas, anak panda ketiga pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, yang dilahirkan pada 31 Mei tahun lalu, masih belum dinamakan, kata Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Amat Lana. Beliau berkata kuasa untuk menamakan anak panda jantan itu tertakluk kepada kerajaan kerana zoo tidak berhak berbuat demikian.

Bayaran Tiket masuk ke Zoo Negara sekarang adalah RM45 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. Bayaran ini termasuk dengan pass masuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi.

Baca : Harga Tiket Masuk Ke Zoo Negara Malaysia

Nama Anak Panda Ketiga Zoo Negara Malaysia

 


Nama Anak Panda Ketiga Zoo Negara Malaysia

Nama Anak Panda Ketiga Zoo Negara Malaysia


 

Updated : Nama anak panda ketiga akan dinamakan pada 25 Mei 2022

Anak panda ketiga yang pertama kali dipamerkan di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi pada 1 Oktober tahun lalu bersama ibunya, Liang Liang, kini sihat dan masih diberi susu ibu.

Anak panda ini kini berusia hampir setahun dan berat sehingga 80 kilogram. Ia sangat dekat dengan ibunya dan kami mempamerkannya secara bergilir-gilir dengan anak panda kedua, Yi Yi.
 

Xing Xing Panda Zoo Negara


 

Anak panda ini akan dihantar balik ke negara China dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, mengikt perjanjian asal. Pihak Zoo Negara telah bersedia terlebih dahulu berhubung penghantaran pulang Yi Yi ke China mengikut perjanjian (antara Malaysia dan China), dan kini hanya menunggu keputusan kerajaan.

Yi Yi, dilahirkan pada 14 Jan 2018 sepatutnya dibawa pulang ke China pada April 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana China telah menutup pusat pemuliharaannya pada masa itu akibat wabak itu.

Mengikut perjanjian, setiap anak panda gergasi perlu dihantar pulang ke China apabila mereka mencapai umur 24 bulan dan tidak melebihi empat tahun. Anak panda pertama, Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada tahun 2017.

Perjanjian Kerjasama Antarabangsa Giant Panda Conservation antara kerajaan Malaysia dan China di bawah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) telah ditandatangani untuk tempoh 10 tahun bermula pada 2014, tahun pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia.

Persetujuan China untuk meminjamkan sepasang panda gergasi kepada Malaysia adalah tanda hubungan istimewa kedua-dua negara dibangunkan sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1974.

Sumber : Bernama dan Zoo Negara Malaysia

Exit mobile version