Site icon Travel Blogger Malaysia

Nama Baru KLIA Mungkin Sepang International Airport (SIA)

Ada berita tular di forum Isu Semasa, Facebook dan perkongsian Whatsapp mengatakan, nama Kuala Lumpur International Airpot (KLIA) akan dicadangkan kepada nama baru. Nama Baru KLIA Mungkin Sepang International Airport (SIA), dan ia telah dicadangkan dan menunggu pengesahan pihak berkaitan.

Umum mengetahui, KLIA terletak di daerah Sepang, Selangor dan bukan berada dalam jajahan peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kalau diberi cadangan untuk tukar nama, saya sebagai salah seorang yang kerap juga menggunakan KLIA, sangat setuju.

Baca : MrJocko dan Airport

Nama Baru KLIA Mungkin Sepang International Airport (SIA)

Nama Baru KLIA Mungkin Sepang International Airport (SIA)

Nama yang dicadangkan untuk menggantikan nama KLIA ialah Sepang International Airport (SIA)

Ia mungkin cadangan yang lebih tepat dan berbaloi, memandangkan, lokasi KLIA berada sangat jauh dengan bandaraya Kuala Lumpur. Kadangkala, ia boleh mengelirukan ramai penumpang dan mereka yang tidak biasa datang ke Malaysia.

Lagipun, ia mungkin akan menaikkan lagi jenama Sepang dan memberi impak positif kepada pembangunan sekitar dengan nama Sepang.

Sebelum ini Sepang dikenali dengan aktiviti sukan permotoran dan juga hub transit perdagangan penerbangan termasuk kemasukkan barangan melalui pesawat. Kini, dengan nama baru ia diharap dapat memberi pembangunan lain termasuk pembinaan bangunan komersil, perumahan dan juga pusat membeli belah.

Potensi Sepang ni sebenarnya besar. Ia mungkin boleh menjadi satu lagi tarikan pelancongan membeli belah kalau kena dengan caranya. Buat sahaja beberapa Premium Outlet dengan harga yang menarik, InsyaAllah ia akan menjadi hub kepada semua rakyat Malaysia dan juga pelancong.

Selain itu Sepang sebenarnya sudah lama sepatutnya berkembang sebagai bandar moden di Malaysia. Namun, mungkin kerana sebab tiada belanjawan dan perancangan yang menarik membuatkan ia hanya sekadar lokasi pendaratan kapal terbang dan sesekali aktiviti sukan premium di Malaysia.

Lihat sahaja Mitsui Outlet Park, kalau ia diubungkan dengan rangkain keretapi yang elok, InsyaAllah ia akan menjadi satu lagi destinasi hujung minggu orang Malaysia untuk aktiviti santai.

Kat Kuala Lumpur ni dah biasa sangat, kalau setiap minggu keluar, pasti akan jadi ‘boring’.

Exit mobile version