Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama TURKIYE

Terkini, Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama TURKIYE. Turki secara rasmi telah mengubah nama negara di PBB dari Turkey menjadi Türkiye (dibaca: Turkiyeh). Nama ini bukan hal baru bagi masyarakat Turki yang telah menggunakannya sejak pendirian negara pada 1923 atau pasca runtuhnya Kesultanan Usmaniyah. Namun sebelum ini nama Turkey digunakan bagi negara itu untuk urusan rasmi.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta jajarannya mengajukan perubahan nama baru Turki ke PBB pada musim dingin lalu dan akhirnya awal Jun 2022, ia diberi kebenaran dan dengan rasminya nama baru Turkiye. Mengikut sumber dari PBB mengatakan, Menteri Luar Negeri (Menlu) Turki Mevlut Cavusoglu mengajukan surat pengajuan perubahan nama yang diterima PBB pada Rabu (1/6/2022) dan segera berlaku.

Baca : 9 Negeri Turki Popular Di Malaysia

Example

 


Nama Baru Negara Turki Kini Dikenali Dengan Nama TURKIYE

nama baru negara turkiye
 

Presiden Erdogan sebelum ini memang menunjukkan rasa ketidaksukaan dengan nama lama,Turkey. Pada bulan Disember 2019 disaat melancarkan prototype kereta elektrik buatan dalam negera Turki. Dia menekankan produk dalam negeri harus dipasang tulisan ‘Made in Türkiye’, bukan ‘Made in Turkey’. Dua tahun kemudian, Erdogan mengeluarkan memorandum yang menyebutkan penggunaan Türkiye lebih mewakili budaya dan sejarah Turki sehingga harus digunakan sebagai nama negara dalam semua bahasa.

Setelah memorandum tersebut, banyak pejabat awam kerajaan dalam negera mula menggunakan nama Türkiye. Beberapa negara asing juga mulai menggunakan nama baru itu sebagai tanda sokongan.
 

nama baru negara turkiye
Presiden Recep Tayyip Erdogan Turkiye

 

Untuk memasyarakatkan nama baru itu, Turki menggelar simbolik antarabangsa dengan panggilan “Halo! Türkiye”. Perubahan nama itu juga menemukan kemuncaknya. Tahun depan, negara Turki akan memperingati 100 tahun penubuhan negara tersebut. Pasti akan lebih meriah kerana Presiden Erdogan sememangnya sudah lama menjanjikan perayaan meriah untuk sambutan tersebut.

Sebagai informasi ringkas, kami sertakan sedikit maklmat tentang negara Turkiye.

Turkey, officially the Republic of Turkey, is a transcontinental country located mainly on Anatolia in Western Asia, with a portion on the Balkans in Southeast Europe.
Capital: Ankara
Dialing code: +90
Currency: Turkish lira
President: Recep Tayyip Erdoğan
Population: 84.34 million (2020) World Bank
Continent: Europe, Asia
Official language: Turkish

Sumber : Wikipedia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.