Site icon Travel Blogger Malaysia

Nama KOPITIAM Hak Milik Soelystio Dari Indonesia

Photo%25203%2520Jun%25202012%252008%253A36%2520PM

Seorang pengusaha restoran yang berpusat di Jakarta mendakwa beliau memiliki hak cipta terpelihara ke atas perkataan kopitiam.
Pengusaha berkenaan, Abdul Alek Soelystio mendakwa perkataan kopitiam telah didaftarkan sebagai harta inteleknya pada tahun 1996.Justeru, Abdul Alek tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana pihak yang berani mengguna pakai perkataan kopitiam pada kedai kopi mereka.Hal ini sudah dibuktikan oleh Abdul Alek yang telah memfailkan saman ke atas Kopitiam Kok Tong di Medan dua tahun lalu kerana menggunakan kopitiam pada kedainya.Apa yang mengejutkan, Mahkamah Daerah Medan memberi kemenangan itu pada Abdul Alek sehingga menyebabkan pengusaha Kopitiam Kok Tong, Paimin Halim membuat rayuan di Mahkamah Agung bagi menyemak semula keputusan itu pada tahun lalu.Amaran itu dibuat dalam satu siaran iklan di akhbar tempatan pada 6 Februari lalu. Namun, Paimim terpaksa akur apabila Mahkamah Agung mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Daerah Medan itu.Menurut peguam Abdul Alek, sesiapa yang gagal berbuat demikian boleh didakwa atas kesalahan cetak rompak.
Kemenangan yang diperoleh oleh Abdul Alek menyebabkan beliau memberi amaran kepada pengusaha pesaing lain agar menggugurkan perkataan kopitiam serta-merta.

Exit mobile version