Namuang Safari Park Samui Ada Aktiviti Santai Yang Menarik
|Pulau dan Pantai memang sinonim dengan Koh Samui. Tetapi jangan lupa, tarikan eko pelancongan juga banyak di sini. Antara yang MrJocko kagum ialah dengan Namuang Safari Park Samui Ada Aktiviti Santai Yang Menarik untuk pelancong sertai.
Haiwan antara yang selalu menjad tarikan pelancong. Sama juga di Safari Park ini, mereka mempunyai puluhan Gajah, Monyet, Buaya, Burung, Arnab dan banyak lagi haiwan liar dan haiwan jinak untuk tontonan pelancong.
Saiz Namuang Safari Park Samui tidak sebesar safari park tempat lain tetapi jika diukur dengan tarikan air terjun berdekatan dan juga tempat aktiviti sukan lasak yang disediakan ia satu destinasi yang agak lengkap untuk pelancong habiskan masa seharian di sini selain dari mandi manda di pantai atau laut.
Baca : Pasar Malam Kampung Nelayan Di Koh Samui Thailand
Namuang Safari Park Samui Ada Aktiviti Santai Yang Menarik
Info pasal Namuang Safari Park boleh korang baca di laman web rasmi mereka http://www.namuangsafarisamui.com
Dari luar nampak biasa, tetapi apa yang ada di dalam Namuang Safari Park Samui ini memang berbaloi untuk dilawati. Bukan hanya ada persembahan haiwan, tetapi di sini mereka menyediakan pakej menarik lain seperti aktiviti menunggang gajah, 4X4 kembara, ATV Ride, Hiking sehingga ke Air Terjun, Swafoto dengan Harimau dan juga pakej makan tengahari.
Bukan itu sahaja, pakej kembara korang Namuang Safari Park Samui boleh dibahagikan kepada beberapa level termasuk Eco Tour biasa, Mountain Sighseeing, Pakej Rileks dan juga Pakej Ekstrem.
Harga untuk pakej Separuh Hari Tour di Namuang Safari Park ialah sekitar THB1,400 untuk dewasa dan THB1,100 untuk kanak-kanak. Pakej ini termasuk ambil dari hotel, aktiviti Elephant Trekking, Waterfall Trekking, Mandi bersama anak Gajah, pertunjukkan Gajah, pertunjukkan monyet, pertunjukkan buaya dan juga makan tengahari.
Namuang Safari Park Samui ni terletak sekitar 20km dari lapangan terbang Koh Samui dan juga Chaweng Beach. Jadi kalau nak ke sini memang kena kenderaan khas ataupun naik teksi. Sebaiknya ambil pakej yang disediakan, lebih murah.
Untuk pakej ke Namuang Safari Park ini kira berbaloi juga untuk korang cuba. Ia satu pengalaman baru, tambah-tambah bila melihat persembahan Buaya. Aksi buaya dan penjaga buaya buatkan kami berdebar setiap masa.
Ada masa ke Koh Samui, ini antara tempat menarik di Koh Samui boleh korang lawati. Terbang terus ke Koh Samui dari KLIA dengan Bangkok Airways http://www.mrjocko.com/2017/06/penerbangan-terus-bangkok-airways-klia-koh-samui.html