Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Narita International Airport Ke Tokyo Dengan Keisei Narita Skyaccess

tahukah anda, bagaimana cara untuk ke bandaraya Tokyo? Ini indo tentang cara transit dari Narita International Airport Ke Tokyo Dengan Keisei Narita Skyaccess. Mungkin ramai yang tidak tahu, pintu masuk untuk ke Tokyo ada dua lapangan terbang utama. Sejak dari dulu, Narita dan Haneda menjadi antara lapangan terbang yang sibuk menerima tetamu dari luar negara untuk ke Tokyo. Namun, paling popular sebenarnya ialah Narita yang merupakan lapangan terbang paling sibuk di Jepun. Ia adalah hub penerbangan utama di Jepun.

Secara peribadi, kalau pergi sendiri, saya lebih suka mendarat di Haneda Airport, sebab ia menjadi destinasi tujuan melalui penerbangan AirAsia. Semua tahu, tiket penerbangan AirAsia lebih murah berbanding dengan syarikat penerbangan lain.

Jika anda menaiki pesawat Japan Airlines, Ana Airlines, Malaysia Airlines dan beberapa penerbangan lain, kebanyakkannya akan mendarat di Narita Airport.

Baca : Terbang Dari Kuala Lumpur Ke Narita Airport Jepun

 


Narita International Airport Ke Tokyo Dengan Keisei Narita Skyaccess

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_3 copy

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_00

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_01

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_2
 

Untuk info, jarak antara Narita International Airport menuju ke destinasi bandaraya Tokyo, ia terletak sejauh kira-kira 65km. Jika nak naik teksi, anda mungkin mencari nahas, kerana kos tambang teksi, tambah-tambah lagi teksi airport di Narita adalah sangat mahal. Tambang biasa untuk Teksi dari Narita Airport ke Tokyo adalah sekitar JPY20,000 (MYR755) dan kadang-kadang ia jauh lebih mahal daripada harga tersebut.

Tips saya, jika anda nak mudah dan jimat transit dari lapangan terbang Narita Aiport ke Tokyo adalah dengan menggunakan Keisei Line (Keisei Narita Skyaccess). Kos untuk tambang satu hala dari Lapangan Terbang Narita menuju ke Oshiega Station (Tokyo Skytree) hanya JPY1190 (MYR45), jauh lebih murah berbanding menggunakan Keretapi Laju, Uber dan juga Teksi Airport.
 

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_05

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_10

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_11

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_12

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_13

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_14
 

Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 45 minit hingga 60 minit dari lapangan terbang Narita ke pusat bandar Tokyo, menuju ke destinasi Tokyo Skytree. Dari sini sebenarnya anda sudah dekat dengan Stesen Keretapi Asakusa dan jaringan laluan terkenal di tengah Tokyo iaitu Yamanote Line (Laluan Hijau).

Kalau dah sampai sini, dah kira anda dah sampai ke bandar Tokyo, Yeah!!!

Narita Airport ni sangat besar. Jika anda menggunakan airport ini dinasihatkan untuk datang lebih awal. Seperti juga lapangan terbang Kansai Airport, ia agak sibuk dan kadang-kadang line untuk beratur sangat panjang dan mengambil masa yang lama.

Oh ya! Untuk lebih mudah, dapatkan perkhidmatan Pocket WiFi yang dipercayai jika anda di negara Jepun. Pilihan saya kali ini, ialah Travel Recommends.

Narita_International_Airport_Japan_Pintu_Masuk_Utama_Tokyo_4
Travel Recommends WiFi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.