Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Nasi Arab D Oasis Port Dickson Negeri Sembilan

Selepas MrJocko kongsi gambar-gambar makan di Restoran Nasi Arab D Oasis Port Dickson bulan lepas, ramai rakan bertanya kat mana lokasi Restoran Nasi Arab di Port Dickson itu. Kalau nak mudah, anda boleh cari lokasi Restoran D’Oasis PD Nasi Arab ini berdekatan dengan bangunan Marina Beach Resort di Jalan PDS2, PD Sunggala Gateway. Lokasi kedua restoran ini boleh di lawati di PD Waterfront. Pilih sahaja lokasi mana anda mahu.

Menu utama di Restoran Nasi Arab D Oasis Port Dickson ini menyediakan masakan nasi arab dan lauk pauk masakan arab. Tukang masak utama mereka sememangnya sudah lama berpengalaman dalam masakan Arab dan sudah begitu mahir tentang menu-menu masakan negara timur tengah ini.

Restoran Nasi Arab D Oasis

 

 

Menu yang MrJocko cuba malam itu ialah Nasi Arab dan Kambing Kuzi dilimpahi Nasi yang sangat sedap. Anda boleh rasa beza kesedapan Nasi Arab yang di masak dan punyai keunikkan tersendiri kerana Nasi Arab Restoran D’ Oasis mereka menggunakan beras yang bermutu tinggi dan mahal untuk kepuasan pelanggan. Pun begitu, kalau anda nak tahu, harga makanan kat sini sangat berpatutan. Cukup la MrJocko beritahu, harga minuman Jus Buahan cuma sekitar RM3 sahaja, berbanding lokasi restoran lain yang berharga sekitar RM5 untuk segelas.

Nasi Arab D Oasis Port Dickson

Restoran Nasi Arab D’Oasis Port Dickson

Nasi Arab Restoran D’Oasis Port Dickson

Lauk kambing yang di masak oleh tukang masak D’Oasis sangat sedap. Langsung tak ada bau dan rasa kambing masih asli. Di limpahi dengan timbunan nasi arab dan bahan-bahan sampingan membuatkan tak puas makan nasi arab kat Restoran D’Oasis.

Jadi, kalau anda berada di sekitar Port Dickson atau bercuti ke Port Dickson, ambil peluang untuk mencuba masakan Nasi Arab Restoran D’Oasis Port Dickson dan lauk pauk dari negara timur tengah ini. Anda pasti teruja dan akan berpuas hati.

Lawati laman Facebook Nasi Arab D Oasis Port Dickson https://www.facebook.com/pages/D-Oasis-Restaurant-Nasi-Arab-Waterfront/164264187066292

Kalau ada di Seremban, boleh cuba Popia Basah Kuala Kangsar di Stadium Paroi http://www.mrjocko.com/2013/11/popia-basah-kuala-kangsar.html

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.