Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nasi Beriyani Ayam Claypot Restoran Kapitan Pulau Pinang

Antara lokasi peminat nasi kandar kalau berada di utara ialah di Restoran Kapitan Pulau Pinang yang terletak di Jalan Chulan. Restoran Kapitan ni memang besar dan berada di lokasi strategik. Mempunyai 2 tingkat, tingkat banwah untuk meja makan open air dan di atas ada ruang yang ber’aircond’ untuk keselesaan pelanggan.

 

Kali ini MrJocko mencuba menu terkenal kat Restoran Kapitan yang diberi nama Nasi Beriyani Ayam ‘Lubrakhon’. Nasi Briyani Ayam Claypot di Restoran Kapitan ini diletakkan dalam Claypot dan dihidangkan bersama Ayam Tandoori yang dibakar, memang sedap.

Restoran Kapitan Pulau Pinang 

 

 Restoran Kapitan Pulau Pinang

 

  Restoran Mamak Kapitan Pulau Pinang

 

Di Restoran Kapitan Jalan Chulan, Penang ini memang ada menu lain yang menarik perhatian MrJocko termasuk Kari Burung Puyuh, Kari Ketam, Udang Goreng dan jugak Kari Sotong yang nampaknya memang sedap. Kalau anda peminat nasi beriyani dan juga nasi kandar, lauk-lauk seperti ini anda boleh padankan dengan nasi beriyani atau nasi kandar anda. Memang terbaik la…

 

Restoran Kapitan Pulau Pinang Restoran Kapitan Pulau Pinang nasi-kandar-kapitan-penang-02 Restoran Kapitan Pulau Pinang 

 

Kalau nak rasa, boleh singgah di Restoran Kapitan. Cuba makanan kat sini, lokasi pun senang di cari dan ada tempat makan yang selesa. Ayam Tandoori dia memang sedap, kena pulak dengan kuah kari dan air buah, memang meletup. Restoran Kaapitan ini dibuka selama 24 jam dan memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Memang terkenal di Pulau Pinang. 

MrJocko dah cuba menu Nasi Beriyani Ayam Claypot di Restoran Kapitan, anda pun kalau berada di Pulau Pinang, cuba la singgah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.