Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Makan Tengahari Dengan Nasi Berlauk Ayam Goreng Ala Kelantan

Semalam singgah di Masjid Wilayah semasa waktu Solat Jumaat. Kat sini memang banyak gerai jualan makanan dan barangan sementara yang dijual sempena hari Jumaat. Macam-macam ada. Dan kat sini juga ada satu gerai jual Nasi Berlauk Ayam Goreng Ala Kelantan yang memang marvelous.

Baca : Resipi Nasi Kerabu Popular Kelantan

 


Makan Tengahari Dengan Nasi Berlauk Ayam Goreng Ala Kelantan

nasi-berlauk-ayam-goreng-ala-kelantan
 

Menu Nasi Berlauk memang sudah terkenal di Kelantan. Cuma menu nasi berlauk ini ditambah dengan Ayam Goreng rangup yang menjadi pelengkap kepada nasi berlauk tersebut. Kuah kari ayam Kelantan yang ada rasa sedikit manis serta sambal belacan yang memang Umphhh!!!.

Kalau anda ke Masjid Wilayah, Jalan Duta, boleh la singgah pekena Nasi Berlauk Ayam Goreng di sini. Lokasinya di sudut berhampiran Traffic Light antara Masjid Wilayah dan LHDN Jalan Duta.

Nak cari kedai yang jual Nasi Berlauk Ayam Goreng ni mudah sahaja. Tepi sudut hujung tepi corner, ada Lori kecil bersama meja makan menjual nasi berlauk tersebut. Mesti korang akan perasan.

Harga cuma RM6.00 sahaja, air boleh minum secara PERCUMA.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.