Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak Selangor

Kaki Makan mesti akan cuba kalau tahu ada menu sedap ni sekitar Sri Gombak. Kalau biasa kita lihat menu nasi kandar dijual di kedai mamak atau restoran makanan India, tapi kali ini menu khas dengan citarasa Melayu. Pertama kali cuba, teruja. Saya nak kongsi Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak Selangor.

Terletak di kawasan parkir tapak berniaga Uptown Sri Gombak, gerai kecil ini mula bertapak untuk menghidangakan menu special Nasi Kandar Melayu. Untuk lebih mudah, mereka gelarkan menu ini Nasi Kandar Melayu Piawww, menu yang dimasak sendiri oleh orang Melayu dengan citarasa lidah orang kita.

Baca : Makan Nasi Kandar Yaseem di Kuala Lumpur

 


Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak Selangor

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak 05 copy
 

Harga set nasi kandar ini cuma RM7.00 sahaja sebungkus. Set bungkus ini datang dengan seketul ayam goreng rempah khas dengan cili hijau dan bendi. Ia termasuk campuran beberapa jenis kuah khas yang biasa untuk menu nasi kandar. Nampak simple, tetapi rasa padu…

Untuk sementara ini, hanya menu nasi kandar ayam goreng sahaja dijual di sini. Namun ada pilihan untuk tambahan ayam lebih atau telur masin untuk mereka yang mahukan lebih rasa yang sedap.
 

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak 01

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak 02

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak 03

Food Review Nasi Kandar Melayu Piawww Sri Gombak 05
 

Gerai nasi kandar area Gombak ini beroperasi bermula jam 11.00 pagi hingga ke jam 3.00 petang. Namun, kebiasaannya, jika habis awal sekitar jam 1 petang, anda terpaksa menunggu esok untuk mendapatkan Nasi Kandar Piawww yang sedap ini.

Untuk rasa, ia memang ada rasa Nasi Kandar Asli kerana resipi kuah yang dimasak adalah mengikut resipi rahsia nasi kandar asli dari Pulau Pinang. Tiga kuah resipi rempah rahsia di adun dan dicampurkan sekali dalam satu campuran untuk mendapatkan rasanya yang sangat sedap.

Manakala untuk ayam, ia dipotong dan diperap dengan rempah khas semalam. kemudian akan digoreng segar sehingga menjadi Ayam Goreng yang panas dan sedap. Kelebihan ramuan yang cukup dan seimbang membuatkan rasa ayam goreng ini lebih sedap dan lebih berperisa.

Kami menyokong produk buatan Malaysia dan juga pernigaan anak Malaysia. Cadangan kami, jika anda nak rasa sesuatu yang baru, ini antara produk makanan yang boleh anda cuba sekiranya berada di kawasan Sri Gombak. Berbaloi dengan harga, rasa pun puas hati.

Nanti cuba la yer… Pasti Burp!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.