Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu Sedap Berbaloi

Hah, ini menu terbaru yang kami jumpa di Bazar Ramadhan Jalan Kuching. Kali ini, menu nasi kenduri citarasa asli Melayu sejak berzaman. Perkenalkan, ini dia Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu Sedap Berbaloi untuk korang semua cuba. Tak rugi mencuba sebab ini antara menu yang sedap pernah kami makan. Paling penting, dekat dengan lokasi Kuala Lumpur.

Selalunya, menu lauk pauk nasi kenduri orang Melayu ada 3 asas utama, iaitu nasi, ayam dan daging. Kalau lebih authentic, ada tambahan sayur acar. Lagi menarik. Kena dengan air sirap, ia memang padu dan akan membuatkan sesiapa sahaja teruja dengan menu simple tetapi sedap. Asalnya nasi putih biasa, namun disebalik arus kemodenan, lauk pauk Melayu kini dipadankan dengan Nasi Minyak dan Nasi Biryani untuk lebih variasi.

Baca : Hidang Melayu Yang Sedap

Nasi Kenduri Pak Chu

 


Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu Sedap Berbaloi

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu
 

Nasi Kenduri Pak Chu menghidangkan 2 jenis nasi termasuk Nasi Minyak dan Nasi Biryani. Boleh pilih mana satu yang korang nak. Manakala lauk pauk, korang boleh padankan dengan menu Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Gulai Kawah dan juga Daging Masak Hitam.

Set Ayam Masak Merah cuma RM12, Set Daging Masak Hitam RM14, Set Gulai Daging Kawah RM14 dan Set Kari Kambing RM16. Kalau korang nak bungkus nasi sahaja cuma RM5 sahaja.
 

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu
Ayam Masak Merah Nasi Kenduri
Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu
Kari Kambing Nasi Kenduri

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu
Gulai Kawah Nasi Kenduri

 

Nasi minyak (Jawi: ناسي ميڽق) ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada nasi masakan Palembang yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Hidangan nasi ini biasanya dikaitkan dengan kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan.

Baca : Resepi Nasi Minyak Paling Sedap

Nasi biryani (Nasta’liq: بریانی; Hindi: बिरयानी; Arab: برياني) atau biriani, beriani, atau briyani adalah hidangan berupa nasi (biasanya dari beras basmati ) yang dimasak dengan rempah-rempah lalu ditambah dengan sayuran, atau daging (ayam, kambing, ikan, udang, atau lembu).

Waktu operasi Bazar Ramadhan Jalan Kuching bermula seawal jam 4.00 petang dan tamat sekitar jam 8.00 malam. Ia terletak bersebelahan dengan Jalan Kuching dan senang akses dari kedua-dua arah.
 

Nasi Kenduri Pak Chu Hidangan Melayu
Pasar Malam Jalan Kuching

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.