Nasi Kepal Jepun Onigiri Yang Sedap Travel Bajet
|Memang dah lama MrJocko cari benda ni, Nasi Kepal Jepun yang dikenali sebagai Onigiri. Anda pernah cuba makan Nasi Kepal Jepun Onigiri??? Ia memang sedap. Nampak macam biasa, dalam bentuk 3 segi dan macam pulut, tetapi rasa dia boleh tahan.
Last Sunday, masa MrJocko balik dari Genting Highlands, singgah di One Utama dan terlihat di ruangan market AEON Jusco One Utama ada jual Onigir. Ada pelbagai jenis yang dijual termasuk tuna, ayam, daging dan juga original. Wow!!!
Apa yang best pasal Nasi Kepal Onigiri ni? Ia satu makanan tradisional orang Jepun yang mana dikepal Nasi dengan campuran inti ikan, ayam atau daging. Luaran nasi akan dibalut dengan kepingan seaweed. Ia memang sesuai untuk diet kerana makanan sihat dan portion yang sikit.
Nasi Kepal Jepun Onigiri
So, apa lagi, terus MrJocko beli 2pcs Onigiri yang ada inti Tuna dan Ayam. Nak rasa dulu, kalau sedap dan rasa sebijik macam Onigiri Jepun, InsyaAllah boleh datang beli lagi di One Utama.
Kalau dah tahu di sini ada Onigiri Jepun yang sedap, lepas ni senang nak beli dan buat stok makan buat alas perut.