• Wed. Oct 4th, 2023

Nasi Lemak Air Asia Tak Bogel

IMG_4791936597672-742913

Ramai dah tahu rasanya isu Chef Wan, chef selebriti terkenal Malaysia yang komen pasal Nasi Lemak Bogel yang dihidangkan ketika dalam penerbangan KLIA ke Phuket. Chef Wan katanya tak puas hati dengan menu nasi lemak MAS. Hari ni MrJocko lihat iklan di dada Harian Metro dari AirAsia. Antaranya berbunyi ‘Nasi Lemak Lengkap‘Secara peribadi MrJocko setuju yang Nasi Lemak Pak Nasser atau Nasi Lemak dalam penerbangan Air Asia memang lengkap dan memang ada rasa sedap. Antara sebabnya ialah setiap hidangan Nasi Lemak sekarang dan bernilai RM12.00. Semestinya kualiti kena jaga. Nasi Lemak AirAsia Tetapi Nasi Lemak Bogel dalam penerbangan MAS ramai yang anggap ia percuma sedangkan ramai yang terlupa bahawa tiket yang lebih mahal kita bayar untuk penerbangan MAS sudah termasuk dengan pakej Nasi Lemak tersebut. Jadi, nasi lemak MAS rasanya bukan percuma atau complimentary, ia sudah termasuk dalam bayaran tiket anda.Setuju juga kalau Chef Wan komen pasal nasi lemak MAS ni, at least ramai yang buka mata. Kalau orang biasa komen, rasanya tiada siapa yang kisah.Bulan ni MrJocko nak naik flight dari KLIA ke Kota Bharu, harap-harap dapat lihat Nasi Lemak Bogel MAS dalam penerbangan. Kalau ada peluang dan masa MrJocko akan share gambar ‘bogel’ tersebut. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok gambar bogel menggiurkan itu. Hahahaha…Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.