Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru
|Nasi lemak legend kampung baru bagi MrJocko. Dah lama ada di Kampung Baru, (lokasi sebenarnya di sebelah Padang Sultan Sulaiman) tetapi dikenali dengan nama Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru. Kalau dulu, 15 tahun yang lepas, harga sebungkus nasi lemak kosong di sini cuma RM0.50 sahaja.
Untuk info, harga sebungus nasi lemak kosong di Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru sudah naik. Biasa lah dengan kenaikkan harga semasa, kini ia dijual dengan harga RM0.90 sahaja, masih lagi nasi lemak murah.
Nasi Lemak CT Garden
Di sini memang nasi lemak dibungkus dengan saiz sederhana, dibungkus dengan daun pisang dan kertas surat khabar. Cara bungkus tradisional zaman dulu-dulu. Itu cara bungkus kita, orang melayu kan?
Setiap bungkus dibungkus dengan cermat dan di susun di atas meja. Ambil sahaja nasi lemak kosong berapa yang anda mahu.
Di sebelah depan ada pelbagai menu lauk pauk yang disediakan untuk lauk tambahan kepada nasi lemak tadi. Ada ayam goreng, sotong, kerang, telur, daging, paru, ikan dan macam-macam lagi. Yang ini anda boleh padankan dengan citarasa anda. Nak lagi sedap, tambah la banyak lauk pauk 🙂
Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru
Memandangkan MrJocko bukan peminat nasi lemak, kami cuma makan nasi lemak kosong dan di tambah dengan paru, telor goreng dan sedikit daging. Itu sudah cukup buat MrJocko dan keluarga. Biasanya kami lebih suka makan nasi lemak kosong sahaja. Tetapi bila lihat menu di Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru, rasa nak cuba pulak tambah menu lauk lain.
Kala udi tanya, ini adalah restoran atau gerai makanan nasi lemak yang terkenal di Kuala Lumpur. Bak kata orang, Nasi Lemak CT Garden Kampung Baru adalah nasi lemak legend di tengah bandaraya, dan hampir semua orang Kuala Lumpur tahu tentang kewujudannya.
Anda orang Kuala Lumpur? Dah pernah cuba nasi lemak CT Garden ini? Kalau belum, jom cuba. Berbaloi jugak la makan kat sini.