Nasi Minyak Anak Kak Faridah
|
Hari Sabtu lepas, MrJocko dan keluarga ke Taman Bukit Cheras untuk meraikan majlis Perkahwinan anak sulung Kak Faridah Seeron dan Abg Sasman.
Kak Faridah merupakan bekas Senior Executive yang menemuduga MrJocko masa mula-mula melangkah kaki ke Bank Negara. Sekarang dia dah menjadi Pengurus yang disegani di Jabatan lain di BNM.
Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah menggunakan konsep tema warna Biru Lembut. Nampak satu dewan dihiasi dengan warna biru. Cantik.
Menu lauk kenduri hari tu, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan rasanya Daging Kurma kot. Pastu ada acar dan juga buah oren sambil di lengkapi dengan air blackcurrent. Sedap…
Semasa nak balik, setiap jemputan diberikan door gifts yang berupa Telor Pinang dan gula-gula untuk kanak-kanak.
Semoga pengantin akan berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat, Amin.
Glamorous MrJocko