Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nasuha Herbs Paradise Ada Macam-macam Herba Terbaik

Sebelum ini tidak pernah dengar tentang pusat herba terkenal di Johor ini. Mungkin anda juga tak tahu, di Jalan Muar Pagoh, ada satu lokasi penginapan cara unik dikenali sebagai Nasuha Herbs Paradise yang memang terkenal di sini. Di kenali dengan nama lain, Nasuha Resorts di Muar, ia antara lokasi percutian yang unik boleh anda cuba kalau melancong dan bercuti di sekitar Muar, Johor.

Di Nasuha Herbs Paradise ini,  ada aacam-macam jenis herba terbaik yang mungkin jarang anda jumpa di Malaysia khususnya. Nak cari herba cara orang Melayu, InsyaAllah boleh cari di sini.

 

Nasuha-Herbs-Paradise-Resorts

 

 

Kat Nasuha Herbs Paradise resorts ini, ada juga disediakan bilik penginapan Cabin Lodge dan juga Dorm yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan herba menjadikan tempat ini begitu indah dan selesa. Ia terletak di KM19, Jalan Muar Pagoh, Johor. Kawasan ini meliputi seluas 3,200 ekar, ia adalah herba dan rempah ladang terbesar di Asia.

Maksudnya, kalau seharian pusing kat sini pun memang tak habis. Nampak biasa, tetapi kalau dah masuk ke dalam ladang rempah dan herba ni, mesti anda akan teruja dengan pelbagai pokok-pokok dan tumbuhan unik yang ada di sini.

nasuha-herbs-resorts nasuha-herbs-resorts nasuha-herbs-resorts nasuha-herbs-resorts nasuha-herbs-resorts

Antara kemudahan lain yang ada di Nasuha Herbs Paradise resorts di Muar ini, antaranya ialah :

Restoran Herba & Sauna.
Amphitheatre.
Servis Urutan Tradisional.
Mandian Herba.
Tracks Jungle.
Tempat Perkhemahn.
Kem Motivasi.
Muzium Herba
Lawatan ke Tanaman Herba.

MrJocko berpeluang singgah di Museum Spices & Herbs di Nasuha Resorts ini untuk beberapa sesi pengenalan tentang beberapa jenis herba dan pokok rempah yang agak terkenal di Malaysia. Kami dikenalkan dengan Daun Misai Kucing, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Senduduk Putih, Pokok Raja Gula, Serico, Asam Gelugor, Buah Gora, dan banyak lagi. Kalau ke sini, mesti kena minum air herba yang disediakan, ia bagus untuk kesihatan.

Pakej penginapan di sini bermula dari Dorm dengan harga RM250++ boleh memuatkan sehingga 10 orang , Standard Lodge cabin RM250++ untuk maksima 3 orang dan VIP Lodge Cabin RM600++ untuk maksima 4 orang.

Untuk anda yang berminat nak dapatkan info lanjut, boleh ke lokasi Nasuha Resorts di Muar ini atau telefon +606-9737231. Nak beli produk herba dan rempah dari Nasuha Spices & Herbs boleh layari laman jualan online http://www.nasuhaproduct.com.my/v1/

 

nasuha-herbs-resorts

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.