Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Negeri Sembilan Food Trail 2013 Edisi Kedua

Alhamdulillah untuk tahun kedua ini MrJocko dijemput untuk menghadiri Negeri Sembilan Food Trail 2013. Semua ini hasil sokongan dan kerjasama pihak Malajah Libur dan sokongan dari Editor Libur En Meor Khairi. Terima kasih atas sokongan dari pihak Majalah Libur, kerana tanpa mereka MrJocko dan Blooggers tidak akan ke sini.

Promosi Negeri Sembilan Food Trail 2013 ini ialah satu edisi promosi makanan-makanan terbaik di seluruh Negeri Sembilan atas anjuran utama pihak Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Ini merupakan Edisi Kedua dan ia akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dari Seremban ke Port Dickson.

 

 

MrJocko akan bermula di Muzium Negeri, kemudian akan pusing sekitar Seremban untuk menikmati makanan enak di Negeri Sembilan dan kemudian akan terus ke Port Dickson dan menginap di Water Chalet, Hotel Avillion Port Dickson. Selama 2 hari kami akan pusing-pusing makan di sekitar Port Dickson, semestinya untuk menjejaki makanan yang best di Negeri Sembilan.

Tunggu entry MrJocko di cerita-cerita akan datang tentang hotel, lokasi best di Seremban dan Port Dickson dan semestinya di mana lokasi makanan yang sedap dan terbaik di Seremban dan Port Dickson untuk rujukan anda. Nanti singgah lagi yer di blog MrJocko.com

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.