Teringat-ingat Nexus Karambunai Resort Sabah
|
Masih teringat tentang percutian ke Kota Kinabalu, Sabah. Antara resort yang pernah kami singgah ialah di Nexus Karambunai Resort, Kota Kinabalu. Ini kira entry lama, tapi baru nak diceritakan balik. Teringat-ingat masa ke Sabah tahun 2008. Masa ni first time bawak wife dan anak-anak ke Sabah, kami menetap di Nexus Karambunai Resort, salah satu destinasi hotel terbaik di Sabah.
agoda_ad_client = “1718703_11393”;
agoda_ad_width = 468;
agoda_ad_height = 90;
agoda_ad_language = 1;
agoda_ad_country = 198;
agoda_ad_city = 5070;
Nexus Karambunai memangla antara resort atau hotel penginapan yang terbaik kalau korang berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun kedudukan resort ni jauh dari Kota Kinabalu, ia tetap menjadi antara pilihan pengunjung dan pelancong luar negara sebagai destinasi hotel pilihan mereka.
Apa yang best di Nexus Karambunai ni, semestinya pantai yang luas dan pemandangan pantainya. Pasir pantai yang memutih dan lanskap resort yang menarik menggamit pelancong ke sana.
Bilik Deluxe Nexus Karambunai yang aku ambik time tu, memang besar. kalau ikutkan memang selesa dengan bilik seluas itu. Servis ke bilik juga memang best dan cepat. Masa tu aku order Nasi Goreng Karambunai dan juga Mee Goreng, sekejap saja dah sampai. Sedap pulak tu 🙂
Breakfast di waktu pagi memang best. Tempat makan berada di tepi pantai. Sambil breakfast dipagi yang nyaman sepoi-sepoi pantai, sambil dengan desiran ombak. Menu yang di sediakan pulak, memang terbaik. Pilih sahaja dari menu tradisional atau tempata sehingga ke menu western, semuanya sedap.
Di sekitar resort berhampiran kolam renang ada di letakkan satu set permainan Catur bersaiz gergasi. Kalau korng free, boleh main sesama korang. mesti lagi best dapat main seperti berada dalam peperangan sebenar :).
Tak lupa, kalau ke sini, cuba singgah di kolam kecik yang ada di penjuru bangunan. Korang akan terjumpa dengan Biawak peliharaan di resort ini. Memang ia sengaja di pelihara dan menjadi tarikan pelancong-pelancong yang ada di sini. Memang besar, berhati-hati, mana tau kena gigit…
Nexus Karambunai, memang antara resort dan hotel terbaik setakat ni di Sabah. Puas hati la kalau dapat ke sini dan merasai sendiri pengalaman bermalam dan menginap di sini. Keadaan sekitar hotel yang tenang, sunyi jauh dari kesibukkan kota memang sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan kedamaian dan hingar bingar kota.
InsyaAllah, kami akan ke sini lagi dalam masa terdekat.
MrJocko.com
2 Comments
hmmm… nampak best jugak… waaahhh ada chess gergasi.. best! best!
sangat best, tapi bila main chess tu, tak leh nak fokus,,, besar sangat