Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Niat Baik Pun, Tidak Menghalalkan Cara

“KUALA LUMPUR: Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya yang menerajui syarikat pelancongan, Noradz Travel & Services pada Isnin, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Pada prosiding sama, seorang lagi anak wanita Adzhar, Noradzrin, 26, yang pernah mencuba nasib dalam bidang seni menerusi lagu Pujaan Malaya juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama setahun atas tuduhan menggubah wang haram.”
Hari ni aku baca berita pasal kes penaraju Noradz Travel & Services, pasal kes ‘penggubahan wang haram’. Hari jugak sempat aku baca blog yang aku rasa milik Norazdrin Adzhar, http://adzrinadzhar.blogspot.com/. Dulukan popular dengan lagu Pujaan Malaya.
Rasanya aku taknak komen banyak-banyak. Pendapat aku, mungkin diawal perniagaan anak beranak ini niat untuk ber”bisnes” dengan idea yang lain dari lain. Secara asas aku rasa memang bukan niat mereka untuk menipu. Buat bisnes macam orang kebanyakkan.
Namun, bila dah lama sikit, mula lah ada silap sana sikit, silap sini sini, tak ikut prosedur undang-undang yang sedia ada (kemungkinan), akhirnya mereka terperangkap. Tambah pulak, mungkin cara pengiklanan, marketing dan susunan cara yang menyalahi undang-undang membuatkan pihak berwajib campur tangan.
Jika dikira dengan jumlah RM100 juta, denda RM1 juta macam terlalu kecil. Penjara 3 tahun pun seperti tidak memadai. Namun, kena fikir jugak, mungki bukan kesemua duit tersebut, RM100 juta masuk poket mereka. Mungkin ada pihak lain yang sudah kapur awal-awal.
Aku tak nak cakap saper salah, saper betul. Just nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan, nak idup senang ni bukan nya SENANG. Kena usaha, bukan main buat sikit dapat banyak. Goyang kaki dapat duit. Kalau betul ada, periksa dulu, buat reseacrh, mesti ada yang tak betul.
Selamat berbisness yer…

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.