Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tuan Guru Nik Aziz Tahnik Bayi Selepas Subuh Hari Jumaat

Tuan Guru Nik Aziz Tahnik Bayi Selepas Subuh Hari Jumaat. Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur.

Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.

Inilah dia yand diberitakan, waktu Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat.

Baca : Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

 


Tuan Guru Nik Aziz Tahnik Bayi Selepas Subuh Hari Jumaat

 

Tahniq menurut kamus Idris Al-Marbawi bermaksud lelangit di dalam mulut. Secara umumnya tahniq bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.

Hukum Tahnik Dan Cara Melakukannya

Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau perempuan. Jika tidak ada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik RA, katanya: Maksudnya:

“Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda.

Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya.

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”

Riwayat Muslim (2144) dan lain-lain

Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat.

Ini adalah hasil nukilan email yang saya terima. Dan, ini bukan bercerita tentang isu POLITIK, tetapi lebih kepada informasi yang mungkin jarang orang kita tahu.

Terima kasih dan Kredit Gambar kepada pemilik wordpress ini : Muhammad Ismail Ibrahim Photography

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.