Nilai Tukaran Ringgit Malaysia Berbanding 1 USD Cecah 4.74
|Ramai kaki travel yang biasa membeli tiket penerbangan dan bercuti diluar negara semakin mengeluh dengan kenaikkan nilai tukaran wang asing, khususnya Ringgit berbanding Dollar Amerika. Sehingga semalam dan awal pagi ini, Nilai Tukaran Ringgit Malaysia Berbanding 1 USD kini mencecah MYR4.74. Sangat tinggi jika nak dibandingkan 2 tahun lepas, sebelum kedatangan pandemik Covid-19. Nilai ini, kalau tidak dikawal dengan baik, mungkin kita di Malaysia akan membayar 1 USD dengan nilai MYR5.
Kalau 10 tahun yang lepas, rakyat Malaysia mewah berbelanja jika melancong ke Thailand, Indonesia dan juga di Vietnam (sebagai contoh), namun kini, ketiga-tiga negara ini semakin bagus kadar tukaran matawang mereka berbanding nilai matawan kita Ringgit Malaysia.
Baca : Nilai Mata Wang USD1500
Nilai Tukaran Ringgit Malaysia Berbanding USD
Kesan dari kenaikkan nilai belian matawang USD memang akan memberi impak kepada pelancong Malaysia yang akan melancong ke luar negara. Ini bermakna secara asas, ramai pelancong yang ingin melancong ke luar negara, walaupun bukan ke United States, mesti membawa wang lebih berbanding sebelum ini jika mahu berbelanja di negara yang dilawati.
Ini kerana, mengikut apa yang kami faham, nilai ringgit sebenarnya sedang menurun, lemah dan semakin mengucup berbanding dengan nilai matawang ASEAN dan juga matawang dunia.
Baru sahaja bulan Julai 2022, nilai matwang ringgit jatuh pada tahap 4.43 (Sumber Berita Harian), dalam masa 3 bulan ia semakin lemah hingga ke tahap 4.74 sekarang.
Secara automatik, kalau nilai USD tinggi, harga tiket kapal terbang akan jadi mahal, hotel penginapan akan jadi mahal dan juga pakej pelancongan di luar negara juga akan naik. Macamana ia berkait? Pastinya sebab hampir semua negara di dunia, bergantung pada nilai USD dalam kos operasi mereka.
Namun, dalam pada itu, ada sedikit kebaikkan bila nilai USD naik. Ini kerana, ia akan mendorong ramai pelancong dari USA, Eropah yang mempunyai nilai kuat seperti USA datang ke Malaysia untuk melancong. Bayangkan di Malaysia, mereka boleh jadi Orang Kaya dalam sekelip mata, hasil dari nilai tukaran wang negara mereka berbanding ringgit. Mestilah mereka suka.
Kedatangan pelancong asing ke Malaysia, pasti akan memberikan impak positif kepada sektor pelancongan domestik.
Namun, kami sebagai rakyat, berharap, selepas PRU15, akan ada Kerajaan yang lebih stabil dan produktif dalam meneraju Malaysia, supaya boleh mengembalikan kegemilangan Malaysia di mata dunia. Naikkan nilai 1 USD kepada nilai MYR2 kala boleh, supaya kita di Malaysia akan sama-sama merasai nikmat kemajuan dunia moden yang sebenar.